Connect with us

Terkini

Pemandu e-hailing Muslim tidak boleh hantar penumpang ke kelab malam, tempat maksiat

Pemandu e-hailing Muslim tidak boleh menghantar penumpang ke kelab malam atau pusat hiburan yang sinonim dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat, minuman keras dan seumpamanya.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Pemandu e-hailing Muslim tidak boleh menghantar penumpang ke kelab malam atau pusat hiburan yang sinonim dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat, minuman keras dan seumpamanya.
  • Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ini kerana perkara itu termasuk dalam perbuatan membantu ke arah maksiat dan dosa kepada Allah SWT.
  • “Justeru, jika dapat menolak dengan baik tanpa menjejaskan pekerjaannya itu, maka dia hendaklah melakukannya.
  • “Begitu juga jika perkara tersebut berterusan, maka pada masa sama dia hendaklah berusaha mencari pekerjaan lain yang lebih suci pendapatannya dan lebih diredhai oleh Allah SWT,” kata Zulkifli pada Ahad.
  • Zulkifli berkata demikian menerusi laman sesawangnya bukudrzulkifli bagi menjawab soalan pengirim berkenaan hukum memandu e-hailing dan mendapat tempahan menghantar pelanggan ke pusat hiburan atau kelab malam.
  • Zulkifli menjelaskan ia bagaimanapun dibolehkan bergantung kepada situasi pemandu terbabit, terutama sekiranya pemandu itu jarang menghantar penumpang ke tempat sedemikian atau boleh menjejaskan pekerjaan sekiranya tempahan tersebut berterusan ditolak.

KUALA LUMPUR — Pemandu e-hailing Muslim tidak boleh menghantar penumpang ke kelab malam atau pusat hiburan yang sinonim dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat, minuman keras dan seumpamanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ini kerana perkara itu termasuk dalam perbuatan membantu ke arah maksiat dan dosa kepada Allah SWT.

Beliau berkata sekiranya hal tersebut berterusan, maka pemandu e-hailing Muslim itu perlu mencari alternatif atau pekerjaan lain yang halal dan lebih suci pendapatannya serta lebih diredhai Allah SWT.

“Justeru, jika dapat menolak dengan baik tanpa menjejaskan pekerjaannya itu, maka dia hendaklah melakukannya.

“Begitu juga jika perkara tersebut berterusan, maka pada masa sama dia hendaklah berusaha mencari pekerjaan lain yang lebih suci pendapatannya dan lebih diredhai oleh Allah SWT,” kata Zulkifli pada Ahad.

Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata demikian menerusi laman sesawangnya bukudrzulkifli bagi menjawab soalan pengirim berkenaan hukum memandu e-hailing dan mendapat tempahan menghantar pelanggan ke pusat hiburan atau kelab malam.

Mengulas lanjut, Zulkifli menjelaskan perkara itu bagaimanapun dibolehkan bergantung kepada situasi pemandu terbabit, terutama sekiranya pemandu itu jarang menghantar penumpang ke tempat sedemikian atau boleh menjejaskan pekerjaan sekiranya tempahan tersebut berterusan ditolak.

“Sekiranya asas pekerjaannya itu adalah baik yang mana dia sepatutnya hanya membawa penumpang ke destinasi diinginkan atau dituju, dan hanya kadang-kadang sahaja dalam situasi tertentu (dan jarang berlaku) dia terpaksa membawa penumpang ke tempat tertentu yang berkait maksiat dan dosa, kerana dikhuatiri jika kerap menolak untuk membawa penumpang atau seumpamanya, maka dia boleh dibuang daripada pekerjaan tersebut atau menjejaskan pekerjaannya.

“Jadi, ketika dalam situasi tersebut, apatah lagi dalam keadaan yang amat sukar memperoleh pekerjaan untuk menampung hidupnya, maka tidak mengapa dan semoga Allah SWT mengampuni ‘ketergelincirannya’ itu.

“Akan tetapi dia hendaklah mengeluarkan sebahagian pendapatannya yang sepadan dengan penghantaran yang haram tersebut (iaitu membawa penumpang ke kelab malam), lalu disalurkan atau digunakan untuk kepentingan dan maslahat umat Islam,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending