Antarabangsa
Russia sedia haramkan “ideologi ekstremis” Childfree
Penggubal undang-undang Russia dalam rancangan merangka rang undang-undang (RUU) mengharamkan ideologi tanpa anak (childfree) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.
- Penggubal undang-undang Russia dalam rancangan merangka rang undang-undang (RUU) mengharamkan ideologi tanpa anak (childfree) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.
- Promosi aktif childfree semakin berleluasa beberapa dekad kebelakangan ini dan merupakan “ideologi ekstremis” yang perlu ditentang Russia, kata Vukolov pada Khamis dalam ucapannya di Forum Undang-Undang Antarabangsa St. Petersburg.
- “Kami kini aktif menyediakan RUU menghalang penyebaran ideologi childfree.
- “Seseorang tidak sepatutnya mempromosi idea bahawa “zaman sekarang, gadis-gadis, muda terutamanya, tidak perlu melahirkan anak, mereka boleh hidup childfree,” katanya dipetik RT.
- Vukolov berkata sistem perundangan harus diwujudkan untuk menentang trend sosial negatif itu di Russia dan negara lain yang berkongsi nilai tradisional sama.
- Mahkamah Agung Russia pada November tahun lalu mengharamkan “gerakan awam LGBTQ antarabangsa” di negara itu dan menyifatkannya sebagai badan ekstremis.
Penggubal undang-undang Russia dalam rancangan merangka rang undang-undang (RUU) mengharamkan ideologi tanpa anak (childfree) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kehakiman, Vsevolod Vukolov.
Promosi aktif childfree semakin berleluasa beberapa dekad kebelakangan ini dan merupakan “ideologi ekstremis” yang perlu ditentang Russia, kata Vukolov pada Khamis dalam ucapannya di Forum Undang-Undang Antarabangsa St. Petersburg.
“Kami kini aktif menyediakan RUU menghalang penyebaran ideologi childfree.
“Seseorang tidak sepatutnya mempromosi idea bahawa “zaman sekarang, gadis-gadis, muda terutamanya, tidak perlu melahirkan anak, mereka boleh hidup childfree,” katanya dipetik RT.
Vukolov berkata sistem perundangan harus diwujudkan untuk menentang trend sosial negatif itu di Russia dan negara lain yang berkongsi nilai tradisional sama.
“Undang-undang ini mesti dirangka dan dipromosikan. Dan ia mesti dijadikan alat untuk melindungi nilai-nilai kita. Inilah tugas utamanya,” kata Vukolov.
Bercakap kepada wartawan selepas ucapannya, Vukolov mengesahkan RUU yang melarang promosi gaya hidup childfree telah dikemukakan di Parlimen Russia.
Undang-undang itu kini akan dikaji pakar-pakar dalam bidang ini, kata timbalan menteri itu.
Kementerian Kehakiman akan bertindak apabila “cadangan konkrit” dibentangkan, kata Vukolov.
Vukolov berkata negara tidak seharusnya hanya beroperasi melalui larangan, tetapi perlu melakukan lebih banyak lagi bagi mewujudkan keadaan sosial yang menggalakkan pasangan mempunyai anak.
Mahkamah Agung Russia pada November tahun lalu mengharamkan “gerakan awam LGBTQ antarabangsa” di negara itu dan menyifatkannya sebagai badan ekstremis.
Langkah ini diikuti undang-undang yang melarang operasi penukaran jantina, ditandatangani Presiden Russia, Vladimir Putin pada awal 2024. – The Merdeka Times