Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memberi jaminan bahawa media tidak akan dilayan secara kuku besi oleh kerajaan.
Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya mendakwa tindakan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyekat kandungan portal berita jelas berlawanan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan...
Lapan veteran media tempatan menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan kandungan portal berita yang dilabelkan sebagai 'menyinggung' dan hanya pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, disekat oleh Suruhanjaya...
Apa sudah jadi dengan kebebasan media di Malaysia?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kesal dengan kenyataan dikeluarkan TV Pertiwi berhubung isu sekatan terhadap portal berita itu memandangkan proses siasatan masih dijalankan.
TV Pertiwi tidak akan menurunkan enam kandungan portal berita itu yang diminta berbuat demikian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kerajaan tidak boleh menyekat kebebasan bersuara, khususnya suara Melayu Muslim kerana ia hanya menyebabkan golongan itu lebih menyisihkan diri daripada kerajaan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang masih menyebarkan video berkenaan nahas pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.
Selepas akaun TikTok, laman web TV Pertiwi pula tidak dapat dilayari. Ketua pegawai operasinya Mohd Firdaus Salleh Hudin berkata sekatan itu dibuat oleh pihak kerajaan dan...
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan nahas...