Connect with us

Terkini

Angkatan Mahasiswa UM bersolidariti dengan media tempatan

Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya mendakwa tindakan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyekat kandungan portal berita jelas berlawanan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan media walaupun ia tidak mutlak.

Wartawan TMT

Published

on

Angkatan Mahasiswa UM bersolidariti dengan media tempatan
Foto: Kenyataan Media Sokongan Kepada Rakan Media oleh Angkatan Mahasiswa UM.
  • Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya mendakwa tindakan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyekat kandungan portal berita jelas berlawanan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan media walaupun ia tidak mutlak.
  • Pertubuhan itu mendakwa MCMC bukan sahaja menyekat bahkan memanggil pengamal media memberi penjelasan mengenai kandungan diterbitkan menerusi portal berita, yang dilihat seolah-olah seperti satu taktik intimidasi kerana kononnya dikatakan bersifat kritikal terhadap kerajaan.
  • “Angkatan mahasiswa juga ingin menyatakan solidariti bersama pengamal media yang berhadapan dengan intimidasi dan sekatan oleh pemerintah.
  • “Ini kerana, kebebasan bersuara bukan sahaja menjadi isu nasional tetapi turut menjadi isu yang kritikal di dalam kampus dan dekat dengan hati mahasiswa yang memanfaatkan sepenuhnya hak yang diberi dalam Perlembagaan, demi mengangkat martabat mahasiswa walaupun berhadapan dengan tekanan dari pihak atasan,” katanya dalam kenyataan semalam.
  • Terdahulu, lapan veteran media tempatan menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan kandungan portal berita yang dilabelkan sebagai menyinggung dan hanya pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, disekat oleh SKMM.

KUALA LUMPUR: Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya mendakwa tindakan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyekat kandungan portal berita jelas berlawanan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan media walaupun ia tidak mutlak.

Tambahan pula, pertubuhan itu mendakwa MCMC bukan sahaja menyekat bahkan memanggil pengamal media untuk memberi penjelasan mengenai kandungan diterbitkan menerusi portal berita, yang dilihat seolah-olah seperti satu taktik intimidasi kerana kononnya dikatakan bersifat kritikal terhadap kerajaan.

Sehubungan itu, angkatan mahasiswa terbabit menggesa supaya kerajaan hari ini tidak meneladani sikap kerajaan terdahulu yang didakwa memandang pengamal media yang kritikal seperti musuh dan ancaman buat negara.

Ia lebih-lebih lagi apabila kerajaan hari ini sangat menekankan kebebasan bersuara dan media sewaktu menjadi pembangkang.

“Dalam negara demokrasi, bukan mencelup jari dan memangkah sahaja yang penting tetapi akses bebas dan adil kepada media juga sangat mustahak dalam menyampaikan maklumat dan pendapat kepada rakyat.

“Ia agar mereka dapat memilih pemimpin yang dirasakan terbaik mengikut maklumat yang dapat diakses.

“Angkatan mahasiswa juga ingin menyatakan solidariti bersama pengamal media yang berhadapan dengan intimidasi dan sekatan oleh pemerintah.

“Ini kerana, kebebasan bersuara bukan sahaja menjadi isu nasional tetapi turut menjadi isu yang kritikal di dalam kampus dan dekat dengan hati mahasiswa yang memanfaatkan sepenuhnya hak yang diberi dalam Perlembagaan, demi mengangkat martabat mahasiswa walaupun berhadapan dengan tekanan dari pihak atasan,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Kelmarin, lapan veteran media tempatan menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan kandungan portal berita yang dilabelkan sebagai menyinggung dan hanya pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, disekat oleh SKMM.

Mereka adalah Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk A Kadir Jasin, Datuk Hussamuddin Yaacob, Datuk Seri Azman Ujang dan Datuk Dr Chamil Wariya.

Turut serta dalam kenyataan bersama itu ialah Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Dr G Manimaran.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending