Connect with us

Terkini

Wartawan Kanan tidak setuju SKMM bertindak sebagai ‘Big Brother’

Lapan veteran media tempatan menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan kandungan portal berita yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ dan hanya pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Wartawan TMT

Published

on

Wartawan Kanan tidak setuju SKMM bertindak sebagai ‘Big Brother’
Foto: Dari kiri, Dr G Manimaran, Datuk Dr Chamil Wariya, Datuk A Kadir Jasin,Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk Hussamuddin Yaacob.
  • Lapan veteran media tempatan menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan kandungan portal berita dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ dan hanya pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
  • Mereka dalam kenyataan bersama hari ini meluahkan kebimbangan itu apabila MCMC sejak akhir-akhir ini dilihat sering memanggil pengamal media untuk memberikan penjelasan mengenai kandungan dilaporkan menerusi portal berita dan laman dalam talian masing-masing.
  • “Kami sama sekali tidak bersetuju dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kebelakangan ini bertindak seolah-olah sebagai “big brother” (abang besar) dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan dalam talian,” katanya.
  • Kenyataan itu dikeluarkan Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk A Kadir Jasin, Datuk Hussamuddin Yaacob, Datuk Seri Azman Ujang dan Datuk Dr Chamil Wariya.
  • Turut serta dalam kenyataan bersama itu ialah Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Dr G Manimaran.
  • Kumpulan itu berkata kerajaan pada hari ini dipilih atas janji untuk membolehkan pengaliran maklumat bebas dan untuk menjamin kebebasan media.

KUALA LUMPUR: Lapan veteran media tempatan menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan kandungan portal berita yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ dan hanya pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Mereka dalam kenyataan bersama hari ini meluahkan kebimbangan itu apabila MCMC sejak akhir-akhir ini dilihat sering memanggil pengamal media untuk memberikan penjelasan mengenai kandungan yang dilaporkan menerusi portal berita dan laman dalam talian masing-masing.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan.

“Kami sama sekali tidak dapat menerima sebarang percubaan untuk menggunakan agensi kerajaan seperti MCMC untuk menyoal, menapis atau menyekat portal dan kandungan berita dalam talian.

“Kita sudah lihat bagaimana kerajaan terdahulu, walaupun hanya kerana aduan kecil daripada orang ramai atau pihak elit pemerintah, sudah diambil tindakan dengan pantas walaupun tindakan seumpama itu tidak perlu sama sekali.

“Kami sama sekali tidak bersetuju dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kebelakangan ini bertindak seolah-olah sebagai “big brother” (abang besar) dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan dalam talian,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk A Kadir Jasin, Datuk Hussamuddin Yaacob, Datuk Seri Azman Ujang dan Datuk Dr Chamil Wariya.

Advertisement

Turut serta dalam kenyataan bersama itu ialah Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Dr G Manimaran.

Dalam pada itu, kumpulan itu berkata kerajaan pada hari ini dipilih atas janji untuk membolehkan pengaliran maklumat yang bebas dan untuk menjamin kebebasan media.

“Aduan daripada pengamal media bahawa laman sesawang mereka sudah disekat semakin meningkat. Ia adalah trend tidak sihat yang mesti dihentikan serta merta.

“Kami percaya bahawa badan pengawal selia terbabit mempunyai keutamaan yang lain dan disebabkan itu menyekat laman sesawang bukanlah salah satu daripadanya.

“Walaupun kami memahami internet menjadi pencetus kebencian dan penyebar maklumat yang salah, kami percaya pengamal media adalah individu yang berdisiplin dipandu oleh profesionalisme dan etika,” katanya.

Pada masa sama mereka mengakui media sosial yang tidak terkawal memang akan menjadi masalah dan maklumat salah dan berita palsu sudah sampai pada tahap krisis.

Advertisement

“Bagaimanapun kami juga percaya peranan yang harus dimainkan oleh media bebas di negara ini. Kerajaan mesti memastikan ekosistem yang betul dan persekitaran yang kondusif untuk pengamal media bekerja tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending