Connect with us

Terkini

Individu masih sebar video nahas akan diambil tindakan – Ayob Khan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang masih menyebarkan video berkenaan nahas pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Individu masih sebar video nahas akan diambil tindakan – Ayob Khan
Foto: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang masih menyebarkan video berkenaan nahas pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.
  • Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak yang menularkan video berkenaan bermula hari ini akan diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
  • Kata beliau, perasaan dan privasi ahli-ahli keluarga semua mangsa yang terlibat dengan nahas pesawat tersebut perlu dijaga.
  • “Saya rasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pun sudah mengeluarkan kenyataan dan ini kenyataan daripada pihak polis, ada lagi kita akan ambil tindakan,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di sini semalam.

GOMBAK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang masih menyebarkan video berkenaan nahas pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak yang menularkan video berkenaan bermula hari ini akan diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kata beliau, perasaan dan privasi ahli-ahli keluarga semua mangsa yang terlibat dengan nahas pesawat tersebut perlu dijaga.

“Saya menyeru semua masyarakat jangan menularkan benda-benda ini (video nahas). Hormatilah privasi keluarga mangsa yang terlibat.

“Tak tahulah nak mencari banyak follower (pengikut), saya tidak tahu tapi kita akan ambil tindakan di bawah Seksyen 233 kalau ada lagi (yang menyebarkan video tersebut).

“Saya rasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pun sudah mengeluarkan kenyataan dan ini kenyataan daripada pihak polis, ada lagi kita akan ambil tindakan,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di sini semalam.

Ayob Khan hadir ke tanah perkuburan tersebut bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat tersebut.

Dalam kejadian Khamis lalu, pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, pada pukul 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 2.40 petang.

Selain dua juruterbang pesawat dan lima lagi penumpang, dua lagi yang terbunuh ialah seorang penunggang motosikal serta pemandu kereta yang ketika kejadian melalui kawasan terbabit.

Ayob Khan berkata, setakat ini tiga orang individu yang terlibat dalam menularkan video berkenaan nahas tersebut sudah hadir memberi keterangan.

Sementara itu ketika ditanya berkenaan punca nahas pesawat tersebut, Ayob Khan berkata, siasatan akan diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bagi mengenal pasti punca.

Jelasnya, siasatan pihak polis melibatkan pengecaman mayat sudah pun selesai.

“Siasatan lanjut nahas kita serah kepada BSKU, itu kita tidak terlibat siasatan.

“Proses siasatan kita dah habis dan semua jenazah sudah dituntut. Kita dah buat padanan asid deoksiribonukleik (DNA) dan Ketua Polis Selangor juga dah keluar kenyataan semalam,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending