Connect with us

Terkini

Jangan sekat kebebasan suara Melayu-Muslim – NGO

Kerajaan tidak boleh menyekat kebebasan bersuara, khususnya suara Melayu Muslim kerana ia hanya menyebabkan golongan itu lebih menyisihkan diri daripada kerajaan.

Hidayah Sani

Published

on

Jangan sekat kebebasan suara Melayu-Muslim – NGO
Foto: Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad (kiri), & Pengerusi bersama Malaysian Alliance of Civil Society Organisations (MACSA), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar (kanan).
  • Kerajaan tidak boleh menyekat kebebasan bersuara, khususnya suara Melayu Muslim kerana ia hanya menyebabkan golongan itu lebih menyisihkan diri daripada kerajaan.
  • Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad dan Pengerusi bersama Malaysian Alliance of Civil Society Organisations (MACSA), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam kenyataan bersama berkata, mereka memandang serius kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 18 Ogos 2023 yang cuba memberi justifikasi terhadap sekatan ke atas laman Web TV Pertiwi.
  • Kedua-dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu berkata dakwaan laman web terbabit disekat kerana wujud artikel atau posting (hantaran) berunsur provokasi atau maklumat kurang tepat adalah terlalu umum/arbitrari.
  • Katanya, mereka juga difahamkan sekatan dibuat tanpa mengikut proses undang-undang yang wajar (due process), di mana sekatan dilakukan tanpa pengendali web diberitahu posting atau artikel mana yang didapati salah.

KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak boleh menyekat kebebasan bersuara, khususnya suara Melayu Muslim kerana ia hanya menyebabkan golongan itu lebih menyisihkan diri daripada kerajaan.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad dan Pengerusi bersama Malaysian Alliance of Civil Society Organisations (MACSA), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam kenyataan bersama berkata, mereka memandang serius kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 18 Ogos 2023 yang cuba memberi justifikasi terhadap sekatan ke atas laman Web TV Pertiwi.

Kedua-dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu berkata dakwaan laman web terbabit disekat kerana wujud artikel atau posting (hantaran) berunsur provokasi atau maklumat kurang tepat adalah terlalu umum/arbitrari.

Katanya, mereka juga difahamkan sekatan dibuat tanpa mengikut proses undang-undang yang wajar (due process), di mana sekatan dilakukan tanpa pengendali web diberitahu posting atau artikel mana yang didapati salah.

“MPM dan MACSA berpandangan kita sudah pun mempunyai batasan undang-undang untuk menyekat hasutan bawah Akta Hasutan. 

“Akta ini yang wajar digunakan oleh kerajaan untuk mengawal selia sesebuah entiti penerbitan dengan mengemukakan bukti-bukti yang konsisten dan jelas. 

“Tetapi jika tidak mencukupi syarat untuk mendakwa dibawahnya, maka semua ekspresi media mestilah dibenarkan kerana ini satu kebebasan bersuara yang dilindungi perlembagaan,” kata kedua-dua NGO itu menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, pengurusan TV Pertiwi melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang didakwa menyekat akses ke laman web tvpertiwi.com.my pada Khamis lalu.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Firdaus Salleh Hudin berkata semakan pihaknya menerusi hasil ping ke alamat tvpertiwi.com.my menunjukkan terdapat penyekatan DNS dengan data memaparkan IP Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM): 175.139.142.25.

Mengulas lanjut, kedua-dua NGO itu turut senada dengan kenyataan Presiden Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia, Nik Suryani Megat Deraman bahawa pihak berkuasa perlu memastikan pengamal media di negara ini diberi kebebasan dalam menjalankan tugas dengan berlandaskan etika kewartawanan sedia ada.

Katanya, ia selaras dengan jaminan dan dasar Kerajaan Perpaduan serta jaminan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebebasan media kepada pengamal media di Malaysia. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook MACSA 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending