Connect with us

Terkini

Terengganu sedia kuatkuasa etika pemakaian patuh syariah

Kerajaan Terengganu bersedia untuk menguatkuasakan pematuhan etika pemakaian patuh syariah di negeri ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Terengganu sedia kuatkuasa etika pemakaian patuh syariah
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.
  • Kerajaan negeri sebelum ini tidak ambil sebarang tindakan sebaliknya hanya sekadar beri nasihat kepada mereka yang ditahan. – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat
  • “Malah, DUN sebelum ini juga sudah luluskan rang-rang undang berkaitan perkara ini dan kita bersedia untuk laksanakannya.”
  • “Walaupun ikut fesyen terkini, namun mereka terutama golongan muda ini dapat mematuhi etika pakaian dengan patuh syariah,” katanya

KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu bersedia untuk menguatkuasakan pematuhan etika pemakaian patuh syariah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, berkata kerajaan negeri sebelum ini tidak mengambil sebarang tindakan sebaliknya hanya sekadar memberi nasihat kepada mereka yang ditahan.

Katanya, nasihat disampaikan melalui penguatkuasa majlis agama negeri dan seluruh daerah di negeri ini.

“Jadi, sudah tiba masanya kita (kerajaan negeri) akan menguatkuasakan pematuhan etika pemakaian patuh di Terengganu.

“Malah, Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini juga sudah meluluskan rang-rang undang berkaitan perkara ini dan kita bersedia untuk melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Terengganu Hijab Day di Dewan Perdana, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Negeri Terengganu, Zuraida Md Noor dan Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu, Wan Nur Sakinah Din.

Hanafiah berkata, sebelum ini juga pihaknya sudah melaksanakan penguatkuasaan terhadap penunggang dan pembonceng bukan mahram yang membonceng bersama.

“Walaupun mengikut fesyen terkini, namun mereka terutama golongan muda ini dapat mematuhi etika pakaian dengan patuh syariah,” katanya.

Sementara itu, Zuraida berkata, pihaknya sentiasa cakna dan tidak mengenepikan peranan dan sumbangan wanita bagi pembangunan negeri sama ada pembangunan material mahupun insan.

“Selagi mana menjaga batasan dan peraturan syariah, wanita boleh menyumbangkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki.

“Menyedari betapa pentingnya peranan wanita dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera, kerajaan Terengganu sudah menggubal dan menetapkan satu Dasar Wanita Terengganu untuk memelihara, melindungi, memperkasa dan membangunkan wanita,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author