Connect with us

Terkini

Papan tanda dwibahasa: Perkauman ialah buat-buat tidak faham undang-undang, sensitiviti – Ketua Pemuda UMNO

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh
  • Ketua Pemuda UMNO membidas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mengatakan tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas sehingga ada pelancong yang mempersoalkan sama ada Malaysia sebuah negara rasis atau ekstrem agama.
  • Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata yang menjadikan perkauman ialah mereka yang telah lama menetap di Malaysia, tetapi pura-pura tidak tahu mengenai undang-undang dan sensitiviti rakyat di negara ini.
  • “Yang menjadi perkauman ni adalah orang yang dah lama duduk dalam Malaysia, tetapi masih buat-buat tidak faham undang-undang dan sensitiviti rakyat di negara ini wahai YB menteri.
  • “Kalau pergi ke negara luar, mereka akan letak bahasa mereka menjadi keutamaan di papan tanda dan baru lah ada tambahan bahasa lain, kalau perkara mudah sekalipun tidak boleh faham macam mana nak fahamkan orang lain… Ke mereka memang tak faham bahasa Melayu??,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda UMNO membidas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mengatakan tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas sehingga ada pelancong yang mempersoalkan sama ada Malaysia sebuah negara rasis atau ‘ekstrem’ agama.

Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata yang menjadikan perkauman ialah mereka yang telah lama menetap di Malaysia, tetapi pura-pura tidak tahu mengenai undang-undang dan sensitiviti rakyat di negara ini.

“Yang menjadi perkauman ni adalah orang yang dah lama duduk dalam Malaysia, tetapi masih buat-buat tidak faham undang-undang dan sensitiviti rakyat di negara ini wahai YB menteri.

“Kalau pergi ke negara luar, mereka akan letak bahasa mereka menjadi keutamaan di papan tanda dan baru lah ada tambahan bahasa lain, kalau perkara mudah sekalipun tidak boleh faham macam mana nak fahamkan orang lain… Ke mereka memang tak faham bahasa Melayu??,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Semalam, King Sing menerusi hantaran di Facebook menegaskan penguatkuasaan peraturan mengenai papan tanda dwibahasa baru-baru ini telah mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas, malah tindakan itu dikatakan telah menimbulkan ketidakpuasan hati dan mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong antarabangsa.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata tingkah laku disifatkan sebagai melampau itu bukan sahaja menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia, tetapi beberapa pelawat antarabangsa turut bertanyakan kepada beliau sama ada Malaysia sebuah negara rasis atau ekstrem agama.

 

Foto: Antara tangkap layar hantaran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Facebook.

 

Beliau berkata perkara itu secara langsung mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara di persada global.

Katanya, kita adalah negara berbilang kaum, budaya dan agama justeru kita tidak boleh mencipta imej negatif palsu yang bercanggah dengan realiti itu.

“Saya juga menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (#DBKL) untuk memberi tumpuan kepada inisiatif yang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat daripada mencetuskan kontroversi melalui penguatkuasaan yang melampau,” kata King Sing.

Sebelum ini, media melaporkan DBKL melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu dan Jalan Silang di ibu negara.

Operasi itu melibatkan pasukan penguatkuasaan dan pelesenan DBKL, bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pihak polis. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *