Antarabangsa
Tawanan wanita terbunuh dalam serangan Israel di utara Gaza
- Seorang tawanan wanita telah terbunuh dalam serangan Israel di utara Gaza, demikian menurut Briged Al-Qassam ketika Israel meneruskan operasi ketenteraan dan mengarahkan pemindahan secara paksa penduduk Palestin di Gaza pada Ahad.
- Jurucakap sayap ketenteraan Hamas, Abu Obeida dalam kenyataan pada lewat Sabtu berkata pihaknya dapat berhubung dengan penculiknya selepas beberapa minggu dan tahanan wanita itu telah dibunuh di kawasan utara Gaza di mana tentera Israel beroperasi.
- Al Jazeera melaporkan kenyataan Abu Obeida tidak memberikan butiran lanjut mengenai identiti wanita itu atau bagaimana dan bila dia terbunuh.
- Abu Obeida menegaskan seorang lagi tawanan wanita dalam keadaan bahaya.
- Katanya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pemimpin tenteranya “bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa tawanan Israel”.
Seorang tawanan wanita telah terbunuh dalam serangan Israel di utara Gaza, demikian menurut Briged Al-Qassam ketika Israel meneruskan operasi ketenteraan dan mengarahkan pemindahan secara paksa penduduk Palestin di Gaza pada Ahad.
Jurucakap sayap ketenteraan Hamas, Abu Obeida dalam kenyataan pada lewat Sabtu berkata pihaknya dapat berhubung dengan penculiknya selepas beberapa minggu dan tahanan wanita itu telah dibunuh di kawasan utara Gaza di mana tentera Israel beroperasi.
Al Jazeera melaporkan kenyataan Abu Obeida tidak memberikan butiran lanjut mengenai identiti wanita itu atau bagaimana dan bila dia terbunuh.
Abu Obeida menegaskan seorang lagi tawanan wanita dalam keadaan bahaya.
Katanya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pemimpin tenteranya “bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa tawanan Israel”.
Tentera Israel berkata ia tidak dapat “mengesahkan atau menafikan” dakwaan itu.
Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata ia sedang menyiasat dakwaan itu selepas Hamas “mengeluarkan rakaman yang didakwa menunjukkan seorang tebusan yang telah dibunuh”.
Sekurang-kurangnya 97 daripada tawanan kekal di Gaza, termasuk 34 yang dikatakan tentera Israel telah terbunuh. – The Merdeka Times