Connect with us

Terkini

Cadang hanya murid perempuan belum baligh dibenarkan buat persembahan di khalayak

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata ia sebagai langkah memantapkan lagi pelaksanaan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan di negeri itu.
  • “Sebagai contoh, sebelum ini, kita membenarkan anak-anak gadis kita di sekolah rendah untuk melakukan persembahan tarian dan sebagainya di hadapan awam.
  • “Namun, adalah lebih molek kiranya kita mendefinisikan anak gadis itu kepada kategori baligh dan belum baligh.
  • “Ertinya, hanya anak-anak yang masih belum baligh dibenarkan membuat persembahan sebagai penambahbaikan garis panduan supaya negeri kita ini sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT,” katanya dipetik media tempatan ketika bercakap dalam sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Terengganu digesa untuk hanya membenarkan murid perempuan sekolah rendah yang belum baligh membuat persembahan, termasuk tarian di khalayak ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata ia sebagai langkah memantapkan lagi pelaksanaan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan di negeri itu.

“Sebagai contoh, sebelum ini, kita membenarkan anak-anak gadis kita di sekolah rendah untuk melakukan persembahan tarian dan sebagainya di hadapan awam.

“Namun, adalah lebih molek kiranya kita mendefinisikan anak gadis itu kepada kategori baligh dan belum baligh.

“Ertinya, hanya anak-anak yang masih belum baligh dibenarkan membuat persembahan sebagai penambahbaikan garis panduan supaya negeri kita ini sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT,” katanya dipetik media tempatan ketika bercakap dalam sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Selasa.

Pada Mac 2020, Kerajaan Terengganu dilaporkan melancarkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu bagi memastikan aktiviti-aktiviti dijalankan mengikut syariat Islam.

Garis panduan itu diwujudkan hasil perbincangan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk Mufti, dan ia akan diedarkan kepada semua jabatan serta agensi kerajaan sebagai rujukan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *