Antarabangsa
Russia akan terus uji peluru berpandu baru ditembakkan ke Ukraine
- Russia akan terus menguji peluru berpandu hipersonik Oreshnik baharunya dalam pertempuran dan mempunyai stok sedia untuk digunakan, kata Presiden Vladimir Putin.
- Putin dipetik berkata demikian oleh Al Jazeera pada Jumaat, sehari selepas Russia melepaskan senjata jarak perantaraan baharu itu ke Ukraine buat kali pertama, langkah menurutnya didorong penggunaan peluru berpandu balistik Amerika Syarikat (AS) dan peluru berpandu krus (cruise missiles) Britain oleh Ukraine untuk menghentam Russia.
- Putin menyifatkan penggunaan pertama Oreshnik (pokok hazel) sebagai ujian yang berjaya, dan berkata lebih banyak lagi akan menyusul.
- “Kami akan meneruskan ujian ini, termasuk dalam keadaan pertempuran, bergantung kepada situasi dan sifat ancaman keselamatan yang dicipta untuk Russia,” katanya dalam komen di televisyen.
- Komen itu dibuat beberapa jam selepas Parlimen Ukraine membatalkan sesinya, memetik risiko serangan peluru berpandu Russia ke atas ibu negara.
- Penutupan Parlimen Ukraine berikutan keputusan beberapa kedutaan asing untuk menutup sementara operasi kerana ancaman serangan ke atas Kyiv.
Russia akan terus menguji peluru berpandu hipersonik Oreshnik baharunya dalam pertempuran dan mempunyai stok sedia untuk digunakan, kata Presiden Vladimir Putin.
Putin dipetik berkata demikian oleh Al Jazeera pada Jumaat, sehari selepas Russia melepaskan senjata jarak perantaraan baharu itu ke Ukraine buat kali pertama, langkah menurutnya didorong penggunaan peluru berpandu balistik Amerika Syarikat (AS) dan peluru berpandu krus (cruise missiles) Britain oleh Ukraine untuk menghentam Russia.
Putin menyifatkan penggunaan pertama Oreshnik (pokok hazel) sebagai ujian yang berjaya, dan berkata lebih banyak lagi akan menyusul.
“Kami akan meneruskan ujian ini, termasuk dalam keadaan pertempuran, bergantung kepada situasi dan sifat ancaman keselamatan yang dicipta untuk Russia,” katanya dalam komen di televisyen.
Komen itu dibuat beberapa jam selepas Parlimen Ukraine membatalkan sesinya, memetik risiko serangan peluru berpandu Russia ke atas ibu negara.
Penutupan Parlimen Ukraine berikutan keputusan beberapa kedutaan asing untuk menutup sementara operasi kerana ancaman serangan ke atas Kyiv.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata Kyiv sedang bekerjasama dengan rakan kongsi Baratnya untuk menyusun sistem bagi menentang “risiko baharu”.
Kyiv kerap menjadi sasaran peluru berpandu dan dron Russia sejak pencerobohan besar-besaran negara kuasa besar itu ke atas Ukraine bermula Februari 2022.
Putin pada Khamis berkata tentera Russia melepaskan peluru berpandu balistik jarak perantaraan baharu ke Ukraine sebagai tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu Kyiv minggu ini yang dibuat di AS dan United Kingdom dalam serangan ke atas sasaran di Russia. – The Merdeka Times