Connect with us

Terkini

Kes Ebit Lew: Perbicaraan ditangguhkan ke pagi esok

Mahkamah Majistret Tenom memaklumkan yang perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew yang sepatutnya berlangsung jam 2 petang hari ini ditangguhkan ke jam 10.30 pagi esok.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Kes Ebit Lew: Perbicaraan ditangguhkan ke pagi esok
Foto: Ebit Lew
  • Mahkamah Majistret Tenom memaklumkan yang perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew hari ini ditangguhkan ke jam 10.30 pagi esok.
  • Perbicaraan sepatutnya berlangsung jam 2 petang hari ini.
  • Ini berikutan pihak pendakwaan akan menghantar permohonan perbicaraan tertutup mangsa pada jam 4.30 petang ini.
  • Majistret Nor Asyraf Zolhani semalam memutuskan pihak pendakwaan perlu menghantar permohonan tersebut sebelum sesi perbicaraan seterusnya.

TENOM – Mahkamah Majistret Tenom memaklumkan yang perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew yang sepatutnya berlangsung jam 2 petang hari ini ditangguhkan ke jam 10.30 pagi esok.

Ini berikutan pihak pendakwaan perlu menghantar permohonan untuk menjalankan perbicaraan melibatkan mangsa secara tertutup seperti diputuskan Majistret Nor Aysraf Zolhani semalam.

Menurut pihak mahkamah, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mereka menerusi e-mel yang permohonan itu akan dikemukakan jam 4.30 petang ini.

Majistret semalam memutuskan yang saksi ketujuh, Inspektor Yip Chang Ching perlu menjalani perbicaraan seperti biasa, manakala permohonan perbicaraan tertutup bagi mangsa pula perlu dikemukakan semula oleh pihak pendakwaan sebelum sesi perbicaraan seterusnya.

Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew disambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula semalam sehingga 10 Februari depan. – The Merdeka Times

Author