Terkini
Kes Ebit Lew: Perbicaraan ditangguhkan ke pagi esok
Mahkamah Majistret Tenom memaklumkan yang perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew yang sepatutnya berlangsung jam 2 petang hari ini ditangguhkan ke jam 10.30 pagi esok.

- Mahkamah Majistret Tenom memaklumkan yang perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew hari ini ditangguhkan ke jam 10.30 pagi esok.
- Perbicaraan sepatutnya berlangsung jam 2 petang hari ini.
- Ini berikutan pihak pendakwaan akan menghantar permohonan perbicaraan tertutup mangsa pada jam 4.30 petang ini.
- Majistret Nor Asyraf Zolhani semalam memutuskan pihak pendakwaan perlu menghantar permohonan tersebut sebelum sesi perbicaraan seterusnya.
TENOM – Mahkamah Majistret Tenom memaklumkan yang perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew yang sepatutnya berlangsung jam 2 petang hari ini ditangguhkan ke jam 10.30 pagi esok.
Ini berikutan pihak pendakwaan perlu menghantar permohonan untuk menjalankan perbicaraan melibatkan mangsa secara tertutup seperti diputuskan Majistret Nor Aysraf Zolhani semalam.
Menurut pihak mahkamah, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mereka menerusi e-mel yang permohonan itu akan dikemukakan jam 4.30 petang ini.
Majistret semalam memutuskan yang saksi ketujuh, Inspektor Yip Chang Ching perlu menjalani perbicaraan seperti biasa, manakala permohonan perbicaraan tertutup bagi mangsa pula perlu dikemukakan semula oleh pihak pendakwaan sebelum sesi perbicaraan seterusnya.
Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew disambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula semalam sehingga 10 Februari depan. – The Merdeka Times
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular