Connect with us

Terkini

Wanita dakwa Ebit Lew hantar 70 mesej lucah ketika Ramadan

Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini, pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, menghantar kira-kira 70 mesej berunsur lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepadanya antara jam 10.57 malam hingga 12 tengah malam pada 19 April 2021.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pendakwah Terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew (kanan).
  • Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Majistret Tenom, pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, menghantar kira-kira 70 mesej berunsur lucah menerusi WhatsApp kepadanya antara jam 10.57 malam hingga 12 tengah malam pada 19 April 2021.
  • Wanita berusia 40-an itu selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah itu.
  • Saksi itu berkata, walaupun ketika itu Ramadan, Ebit tetap menghantar mesej seperti itu kepadanya dan berasakan ayat-ayat lucah dan memuji dalam mesej itu mengaibkan kehormatannya.
  • “Apabila dia (Ebit) mesej macam itu, seolah-olah dia anggap perempuan ini hanya tujuan seks semata-mata,” katanya dalam pemeriksaan utama itu.
  • Ebit, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac hingga Jun 2021.

TENOM – Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini, pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, menghantar kira-kira 70 mesej berunsur lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepadanya antara jam 10.57 malam hingga 12 tengah malam pada 19 April 2021.

Wanita berusia 40-an itu selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah itu.

Saksi itu berkata, walaupun ketika itu Ramadan, Ebit tetap menghantar mesej seperti itu kepadanya dan berasakan ayat-ayat lucah dan memuji dalam mesej itu mengaibkan kehormatannya.

Pengadu itu berkata, dia melihat karakter Ebit di media sosial sangat berbeza berbanding mesej dihantar pendakwah itu, yang dilihat sering menyebut isterinya sebagai bidadari.

“Apabila dia (Ebit) mesej macam itu, seolah-olah dia anggap perempuan ini hanya tujuan seks semata-mata,” katanya dalam pemeriksaan utama itu.

Wanita itu berkata, selain menghantar mesej pada awal pagi hingga ke malam, Ebit juga didakwa membuat panggilan telefon kepadanya dan menggunakan bahasa lucah.

Pada prosiding hari ini, Zahida memohon pertuduhan pertama terhadap Ebit dipinda secara lisan pada bahagian waktu, iaitu dari jam 6 pagi kepada jam 8.07 pagi.

Mahkamah membenarkan pindaan itu dibuat selepas saksi memberi keterangan, iaitu kronologi kejadian dia menerima gambar kemaluan tertuduh pada 29 Mac 2021, jam 8.07 minit pagi.

Ebit, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac hingga Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BH/BERNAMA

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending