Connect with us

Antarabangsa

Mula-mula adegan cium, kini animasi Peppa Pig perkenalkan watak pasangan lesbian

Selepas menampilkan adegan ‘cium mencium’, siri animasi popular ‘Peppa Pig’ memperkenalkan watak dan karakter pasangan ‘lesbian’ dalam rancangan kartun itu minggu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mula-mula adegan cium, kini animasi Peppa Pig perkenalkan watak pasangan lesbian
  • Siri animasi popular ‘Peppa Pig’ memperkenalkan watak dan karakter pasangan ‘lesbian’ dalam rancangan kartun itu minggu lalu.
  • Media barat menyifatkan adegan pengenalan watak lesbian itu sebagai ‘the ground breaking episod” di saluran kanak-kanak Channel 5.
  • Kelompok LGBTQ sebelum ini mengemukakan petisyen supaya siri animasi popular itu memperkenalkan watak kelompok songsang dengan 17,000 individu dilaporkan menandatangani petisyen itu.

Selepas menampilkan adegan ‘cium mencium’, siri animasi popular ‘Peppa Pig’ memperkenalkan watak dan karakter pasangan ‘lesbian’ dalam rancangan kartun itu minggu lalu.

Perkembangan itu seharusnya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa apabila rancangan kartun itu mula menormalisasikan LGBTQ dalam pemikiran kanak-kanak.

Sebelum ini siri animasi sama dilaporkan menampilkan adegan “cium-mencium” di Youtube Kids sehingga menimbulkan kebimbangann netizen di Malaysia. 

“Aduhai.. kartun popular macam ‘Peppa Pig’ pun ada adegan cium cium. Seram betul la, memang youtube kids sekarang ni tak boleh di percaya. Geram!!” demikian luahan pengguna Facebook Mohd Fhais Salim.

Berdasarkan laporan Birmingham Mail pada Selasa lalu, watak ‘Penny Polar Bear’ memaklumkan dia mempunyai dua ibu. 

“Saya Penny Polar Bear. Saya tinggal bersama ibu dan ibu saya yang lain. Seorang ibu saya ialah doktor dan satu lagi ibu saya masak spageti. Saya suka spageti,” kata watak kartun merujuk kepada ‘ibu bapa’ lesbiannya.

Media barat itu menyifatkan adegan pengenalan watak lesbian itu sebagai ‘the ground breaking episod” di saluran kanak-kanak Channel 5.

Kelompok LGBTQ sebelum ini mengemukakan petisyen supaya siri animasi popular itu memperkenalkan watak kelompok songsang dengan 17,000 individu dilaporkan menandatangani petisyen itu.

Malah pemimpin Parti Demokratik Liberal pada 2015 meminta lebih banyak watak kartun gay diperkenalkan, sekali gus mencetuskan keinginan watak Peppa Pig yang lesbian dalam siri animasi kanak-kanak itu. 

“Walaupun terdapat enam siri dan lebih 250 episod dihasilkan setakat ini, tiada satu pun keluarga menampilkan ibu bapa sejenis,” demikian menurut petisyen dimulakan Beth G dan Lacey K.

Sumber: Birminghammail 

Author