Komuniti
Kartun ‘Peppa Pig’ ada adegan cium, youtube kids tidak lagi selamat
“Aduhai.. kartun popular macam ‘Peppa Pig’ pun ada adegan cium cium. Seram betul la, memang youtube kids sekarang ni tak boleh di percaya. Geram!!”

- “Kita tak boleh percaya pada “open platform” yang tak di tapis & tak di pantau konten di dalamnya. Bahaya!!” – pengguna Facebook Mohd Fhais Salim
- Kartun Disney seperti Big hero dan Jurassic world animation turut memaparkan babak terkait LGBT, iaitu watak lelaki cium sama lelaki dan perempuan cium perempuan.
- Ibu bapa ataupun penjaga dicadangkan menggunakan platform lebih islamik dan ditapis kontennya.
- Jika minda kanak terdedah isi kandungan tidak sihat, ia boleh menyebabkan anak-anak terjebak dengan gejala sosial, pornografi dan seks bebas di kemudian hari.
KUALA LUMPUR – “Aduhai.. kartun popular macam ‘Peppa Pig’ pun ada adegan cium cium. Seram betul la, memang youtube kids sekarang ni tak boleh di percaya. Geram!!”
Demikian luahan daripada pengguna Facebook Mohd Fhais Salim yang berang apabila semakin banyak kandungan siaran di ‘open platform’ tidak dikawal dan tidak dipantau konten di dalamnya.
“Patut la anak-anak sekarang dah pandai sebut crush, girlfriend, boyfriend bagai. Sebab pengaruh youtube ni sangat membimbangkan..
Terus terang saya katakan, kita tak boleh percaya pada “open platform” yang tak di tapis & tak di pantau konten di dalamnya. Bahaya!!
Lebih-lebih lagi, platform yang terang terang pengasasnya bukan orang Islam, “ tegasnya yang turut memuat naik beberapa kepingan gambar hasil carian “kissing” di youtube kids akaun anaknya yang berusia 4 tahun.
Dalam pada itu beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan terkini terkait satu nama besar dalam dunia animasi iaitu Disney di mana beliau mendedahkan bahawa Disney telah membuat pengumuman akan menyokong dan memperjuangkan hak Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Katanya, “Mana tak takut, boleh kata 90% animasi yang popular di dunia sekarang semua dari disney.
Frozen, Toy story, Big hero, Cinderella, Tarzan, Peter Pan dan banyak lagi. Kita semua membesar dengan kartun disney juga.
Patutlah, sekarang ni kalau kita perasan semua karya terbaru disney ada terselit scene L*gbt. Macam cerita Big hero ada watak lelaki cium sama lelaki.
Cerita Jurassic world animation pula, perempuan cium perempuan. Dah tak ada sorok sorok lagi, semua ni berlaku terang terangan,” dedah beliau pada hari ini.
Menurutnya, jika hal sedemikian dibiarkan tidak mustahil jika satu hari nanti kanak-kanak akan terpengaruh dengan fahaman sesat sebegitu dan menjadi salah satu daripada golongan LGBT.
Justeru, beliau menyarankan ibu bapa untuk memantau kandungan yang dilihat oleh anak-anak melalui gadget telefon pintar mahupun tablet.
Tambahnya, ibu bapa ataupun penjaga dicadangkan menggunakan platform yang lebih islamik dan ditapis kontennya.
Beliau mengambil contoh aplikasi Durioo+ yang telah beliau gunakan sendiri. Walaupun terdapat sedikit bayaran sebanyak 35 sen sehari, tapi beliau berpuas hati dengan konten yang ditawarkan kerana tidak mengarut.
Menurutnya, jika minda anak-anak kecil terdedah dengan isi kandungan yang tidak sihat, ia boleh menyebabkan anak-anak terjebak dengan gejala sosial, pornografi dan seks bebas di kemudian hari.
Sumber : Facebook
Komuniti
Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

- Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
- Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
- Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
- “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
- “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.
Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.
“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong.
Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times
Sumber: Facebook
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah