Antarabangsa
Singapura haramkan filem LGBTQ terbitan rakyat tempatan
Singapura mengharamkan sebuah filem tempatan mengenai isu agama dan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang ditayangkan di New York tahun ini, atas sebab boleh mewujudkan ‘perpecahan sosial’, kata pihak berkuasa.

- Singapura mengharamkan sebuah filem tempatan mengenai isu agama dan LGBTQ yang ditayangkan di New York tahun ini.
- Ia atas sebab boleh mewujudkan ‘perpecahan sosial’.
- Filem #LookAtMe oleh pembuat filem Singapura, Ken Kwek ‘melangkaui garis panduan klasifikasi filem’ dan tidak boleh ditayangkan di negara itu.
- Filem itu berkisar mengenai watak utama yang tersinggung dengan pendirian seorang paderi lelaki mengenai homoseksual.
SINGAPURA – Singapura mengharamkan sebuah filem tempatan mengenai isu agama dan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang ditayangkan di New York tahun ini, atas sebab boleh mewujudkan ‘perpecahan sosial’, kata pihak berkuasa.
Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) dalam satu kenyataan, berkata filem #LookAtMe oleh pembuat filem Singapura, Ken Kwek ‘melangkaui garis panduan klasifikasi filem’ dan tidak boleh ditayangkan di negara itu.
Filem itu ditayangkan Julai lalu di Festival Filem Asia New York, yang mana ia bertanding dalam kategori Ciri Terbaik dan memenangi anugerah Khas Juri bagi Persembahan Terbaik.
Kenyataan IMDA, yang dikeluarkan bersama kementerian kebudayaan dan dalam negeri Singapura, berkata filem itu ‘memburukkan masyarakat beragama dan berpotensi menimbulkan permusuhan serta perpecahan sosial dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura’.
Ia berkisar mengenai watak utama yang tersinggung dengan pendirian seorang paderi lelaki mengenai homoseksual dan memuat naik satu komen provokatif di media sosial, yang menjadi tular.
Ketegangan tercetus, dengan protagonis ‘merancang serangan balas dendam’ terhadap paderi berkenaan, yang juga digambarkan terbabit dalam perbuatan yang dilarang oleh kepercayaan agamanya.
“Konteksnya mungkin dilihat mencadangkan atau menggalakkan keganasan terhadap paderi,” kata IMDA.
Pasukan di sebalik tabir filem itu dalam satu kenyataan berkata, mereka kecewa dengan keputusan itu dan akan membuat rayuan.
“#LookAtMe adalah karya fiksyen sinematik. Filem ini bertujuan menghiburkan dan menggalakkan perbualan mengenai isu sosial penting yang relevan dengan Singapura,” kata mereka.
Pasukan itu berharap penduduk Singapura akan dapat menonton filem itu, yang dikatakan dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Singapura pada Disember. – AFP
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak