Connect with us

Antarabangsa

Undang-undang baharu Jepun larang wanita lesbian dan bujang miliki anak sendiri

Satu undang-undang baharu di Jepun akan berkuat kuasa akhir tahun ini bagi menghalang golongan lesbian dan wanita bujang daripada mempunyai anak menerusi pro­ses pendermaan sperma, lapor laman berita Wion News semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Undang-undang baharu Jepun larang wanita lesbian dan bujang miliki anak sendiri
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Undang-undang baharu di Jepun akan menghalang golongan lesbian dan wanita bujang mempunyai anak menerusi pro­ses pendermaan sperma.
  • Undang-undang itu bertujuan mengawal selia prosedur itu dan melindungi hak kanak-kanak untuk mengenal pasti ibu bapa kandung mereka.
  • Undang-undang itu hanya membenarkan proses tersebut untuk pasangan suami isteri yang  sukar mendapatkan zuriat.

TOKYO – Satu undang-undang baharu di Jepun akan berkuat kuasa akhir tahun ini bagi menghalang golongan lesbian dan wanita bujang daripada mempunyai anak menerusi pro­ses pendermaan sperma, lapor laman berita Wion News semalam.

Pasangan lesbian dan wanita bujang bergantung kepada pendermaan sperma untuk memiliki anak sejak sekian lama, namun tiada undang-undang bagi me­ngawal prosedur tersebut.

Undang-undang baharu itu akan mencegah golongan berkenaan daripada menjadi ibu bapa. Agensi berita AFP melaporkan bahawa ia bertujuan untuk mengawal selia prosedur terbabit, melindungi hak kanak-kanak untuk mengenal pasti ibu bapa kandung mereka dan mengehadkan penerima daripada penderma sperma tunggal.

Undang-undang itu hanya membenarkan proses tersebut untuk pasangan suami isteri dengan kebanyakan mereka sukar mendapatkan zuriat kerana pasangan lelaki tidak subur.

Jepun tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis. Wanita bujang yang ingin bersalin dan wa­nita lesbian jelas tidak berpuas hati dengan undang-undang itu kerana merasa hak mereka untuk mendapat anak telah dirampas.

Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Jepun (JSOG) ialah agensi bertanggungjawab mengawal institusi menawarkan pen­dermaan sperma serta inseminasi.

Pasangan yang mempunyai anak melalui proses pendermaan sperma juga khuatir anak mereka akan mendapat stigma kerana dilahirkan dengan cara tersebut. Undang-undang itu boleh mewujudkan persekitaran di mana semua kanak-kanak yang dilahirkan sebelum penggubalannya  mungkin dipandang rendah oleh masyarakat.

Wakil rakyat pemerintah, Kozo Akino berkata, hak kanak-kanak paling mudah dilindungi oleh ibu bapa yang berkahwin secara sah.

“Teknologi bantuan pembiakan tidak seharusnya mengorbankan kesejahteraan kanak-kanak,” katanya. – Agensi

Sumber: Kosmo

 

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending