Antarabangsa
Jepun umum RM122.8 juta bantuan kemanusiaan untuk Afghanistan
- Jepun pada Selasa mengumumkan bantuan kemanusiaan USD27.5 juta (RM122.8 juta) kepada Afghanistan.
- Pengumuman itu dibuat Kedutaan Jepun di Kabul selepas Program Makanan Sedunia (WFP) meminta dana untuk membantu rakyat Afghanistan berdepan kelaparan.
- “Sukacita dimaklumkan bahawa @JapanGov 🇯🇵telah memutuskan bantuan tambahan 27.5 juta USD untuk Afghanistan, meliputi kedua-dua keperluan kemanusiaan dan asas manusia. Kami berharap bantuan ini akan membuat perubahan dalam kehidupan rakyat Afghanistan yang terdedah dan memerlukan,” kata kedutaan di X dipetik Anadolu pada Selasa.
- WFP dilaporkan memerlukan USD718 juta dengan segera untuk meneruskan operasinya dalam tempoh akan datang.
- Seramai 11.6 juta orang iaitu 25 peratus populasi Afghanistan, kini berada dalam krisis, kata WFP.
Jepun pada Selasa mengumumkan bantuan kemanusiaan USD27.5 juta (RM122.8 juta) kepada Afghanistan.
Pengumuman itu dibuat Kedutaan Jepun di Kabul selepas Program Makanan Sedunia (WFP) meminta dana untuk membantu rakyat Afghanistan berdepan kelaparan.
“Sukacita dimaklumkan bahawa @JapanGov 🇯🇵telah memutuskan bantuan tambahan 27.5 juta USD untuk Afghanistan, meliputi kedua-dua keperluan kemanusiaan dan asas manusia. Kami berharap bantuan ini akan membuat perubahan dalam kehidupan rakyat Afghanistan yang terdedah dan memerlukan,” kata kedutaan di X dipetik Anadolu pada Selasa.
Terdahulu, WFP di X berkata hampir 15 juta warga Afghanistan tidak tahu dari mana makanan seterusnya akan datang.
WFP memerlukan USD718 juta dengan segera untuk meneruskan operasinya dalam tempoh akan datang.
Seramai 11.6 juta orang iaitu 25 peratus daripada populasi Afghanistan, kini berada dalam krisis, menurut laporan agensi PBB itu.
Laporan itu selanjutnya menyebut 14.8 juta orang memerlukan bantuan makanan kemanusiaan dari November 2024 hingga Mac 2025. – The Merdeka Times