Connect with us

Komuniti

Charles Santiago gesa pihak berkuasa henti buru kelompok LGBTQ

Susulan serbuan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pihak polis ke atas Pesta Halloween membabitkan LGBTQ, Charles Santiago meluahkan rasa ketidaksenangan kerana golongan itu terus menjadi sasaran pihak berkuasa.

Wartawan TMT

Published

on

Charles Santiago gesa pihak berkuasa henti buru kelompok LGBTQ
Foto: Charles Santiago.
  • Susulan serbuan JAWI dan pihak polis ke atas Pesta Halloween yang menampilkan golongan LGBTQ, Charles Santiago meluahkan ketidaksenangan kerana golongan itu terus menjadi sasaran pihak berkuasa.
  • Beliau menyifatkan ia penganiayaan bersasar terhadap komuniti LGBTQ.
  • Charles gesa pihak berkuasa berhenti buru mereka seolah-olah penjenayah kerana dikhuatiri mewujudkan jenayah kebencian.
  • Mengikut Seksyen 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan menjadi satu kesalahan bagi mana-mana lelaki yang, di mana-mana tempat awam, memakai pakaian wanita dan menyamar sebagai wanita untuk tujuan tidak bermoral.

KUALA LUMPUR – Susulan serbuan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pihak polis ke atas Pesta Halloween membabitkan LGBTQ, Charles Santiago meluahkan rasa ketidaksenangan kerana golongan itu terus menjadi sasaran pihak berkuasa.

Beliau menyifatkan serbuan itu sebagai penganiayaan yang disasarkan pada komuniti LGBTQ, kata penyandang kerusi Parlimen Klang dari DAP itu dalam ciapan di Twitter.

Beliau menggesa pihak berkuasa berhenti memburu kelompok LGBTQ seolah-olah mereka penjenayah kerana dikhuatiri akan mewujudkan jenayah kebencian.

“Serbuan REXKL jelas menunjukkan komuniti LGBTQ+ terus menjadi sasaran pihak berkuasa. Ini adalah gangguan terhadap komuniti terpinggir. Bilakah kita akan belajar untuk menghormati dan menerima orang seadanya?

“Kita mempunyai orang yang masih terkial-kial akibat kehilangan pekerjaan; ringgit lemah; ekonomi memerlukan pemulihan. Tetapi anda menggunakan sumber untuk mengejar orang yang berada di pesta Halloween?

“Saya dengar dua orang ditangkap kerana memakai anting-anting? Betul ke? Adakah komuniti LGBTQ+ sentiasa terancam di bawah undang-undang? Atau adakah ini ‘machismo’ toksik?,” kata Charles Santiago dalam ciapan yang turut ‘tag’ akaun Twitter @IsmailSabri60 dan @dhzhamzah.

Bagaimanapun, mengikut  Seksyen 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan menjadi satu kesalahan bagi mana-mana lelaki yang, di mana-mana tempat awam, memakai pakaian wanita dan menyamar sebagai wanita untuk tujuan tidak bermoral. 

Advertisement

Sementara itu, aktivis LGBT, Numan Afifi mendakwa hampir 20 orang dipercayai terdiri daripada ratu drag (lelaki berpakaian wanita) dan individu transgender ditahan dan dibawa ke pejabat JAWI.

Numan Afifi semalam berkata mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 28 dan 35 dibawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan iaitu dituduh membuat dan mempromosikan maksiat semasa pesta itu dijalankan di RexKL pada Sabtu lalu. – The Merdeka Times

Sumber : Twitter Charles Santiago

 

Author

Advertisement

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

Advertisement

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending