Connect with us

Terkini

Pengalaman lapangan, analisa makmal bukti golongan ‘kolar putih’ faktor kes HIV naik

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar
  • Pengalaman di lapangan dan analisa makmal menyokong gambaran bahawa golongan profesional atau ‘kolar putih’ menjadi punca kepada peningkatan HIV di negara ini yang disebarkan melalui gejala seks lelaki dengan lelaki (MSM).Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata ini berdasarkan kes-kes HIV yang direkodkan oleh kakitangan perubatan di lapangan iaitu klinik-klinik kesihatan dan makmal.
  • Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata ini berdasarkan kes-kes HIV yang direkodkan oleh kakitangan perubatan di lapangan iaitu klinik-klinik kesihatan dan makmal.

     

  • Beliau berkata dapatan itu juga berdasarkan pengakuan secara terbuka kelompok terbabit mengenai gejala songsang itu di media sosial.

     

KUALA LUMPUR — Pengalaman di lapangan dan analisa makmal menyokong gambaran bahawa golongan profesional atau ‘kolar putih’ menjadi punca kepada peningkatan HIV di negara ini yang disebarkan melalui gejala seks lelaki dengan lelaki (MSM).

Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata ini berdasarkan kes-kes HIV yang direkodkan oleh kakitangan perubatan di lapangan iaitu klinik-klinik kesihatan dan makmal.

Beliau berkata dapatan itu juga berdasarkan pengakuan secara terbuka kelompok terbabit mengenai gejala songsang itu di media sosial.

“Adanya beberapa golongan profesional yang secara terang-terangan mengakui mereka terlibat dengan ‘Transgender’ ‘Men Who Have Sex with Men’ (MSM), Hubungan Seks yang berisiko,” kata Dr Rafidah kepada The Merdeka Times pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media tempatan mengenai golongan ‘kolar putih’ yang dikatakan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jangkitan HIV di Malaysia.

Laporan itu menyebut ramai yang tidak menyedari jangkitan HIV  bukan sahaja terdiri daripada golongan ‘biasa’, tetapi turut melibatkan individu profesional.

Dr Rafidah berkata majoriti kumpulan ‘kolar putih’ itu terdiri daripada golongan terpelajar, penuntut universiti di luar negara dan mereka yang berlatarbelakangkan bidang perubatan.

Beliau berkata kumpulan terbabit menyedari kesalahan dan bahaya gejala berkaitan HIV, namun disebabkan kurang kesedaran agama dan pengurusan nafsu, mereka terus terjerumus dalam gejala songsang (MSM) itu.

“Tetapi kalau ikut pengurusan agama, mereka jauh sama sekali, kerana tabiat dan perlakuan ‘kolar putih’ sudah bersangkut paut dengan nafsu,” kata Dr Rafidah.

Mengulas lanjut, Rafidah berkata, pada 2021 dan 2022, ramai pakar perubatan dan bidang berkaitan membincangkan terdapat peningkatan ketara kes-kes HIV di Malaysia yang berpunca daripada MSM berbanding pengambilan dadah. — The Merdeka Times

 

 

 

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *