Connect with us

Terkini

GLC perlu ditekan guna BM, amat malang jika terus gunakan BI – Pakar sejarah

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu diberi tekanan supaya menggunakan Bahasa Melayu kerana amat malang sekali sekiranya membiarkan mereka terus-terusan menggunakan Bahasa Inggeris, kata Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.

Wartawan TMT

Published

on

GLC perlu ditekan guna BM, amat malang jika terus gunakan BI - Pakar sejarah
Foto: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Ia bagi memartabatkan Bahasa Melayu.
  • Tekanan perlu diberi kepada GLC supaya menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan seharian terutamanya dalam minit-minit mesyuarat. 
  • “Kita melahirkan jurutera, pakar sains komputer dan pergi ke angkasa lepas semuanya adalah pendidikan dalam bahasa Melayu,” – Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.
  • Bahasa nasional bukan sekadar untuk jati diri atau penyatuan bagi negara-negara pelbagai etnik, sebaliknya berperanan bangunkan ekonomi dan industri negara.

KUALA LUMPUR – Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu diberi tekanan supaya menggunakan Bahasa Melayu kerana amat malang sekali sekiranya membiarkan mereka terus-terusan menggunakan Bahasa Inggeris, kata Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.

Tambahnya, tekanan perlu diberi kepada GLC supaya menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan seharian terutamanya dalam minit-minit mesyuarat, bagi memartabatkan Bahasa Melayu.

Beliau berkata demikian dalam Kongres Antarabangsa Bahasa dan Tamadun Alam Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Rabu.

Dalam majlis sama, beliau mengatakan menerusi Bahasa Melayu juga kita melahirkan jurutera, pakar sains komputer dan pergi ke angkasa lepas semuanya adalah pendidikan dalam bahasa Melayu, tiada kelemahan yang kita dapati di kalangan generasi muda selepas tahun 1970-an.

Jelasnya, bahasa nasional bukan sekadar untuk jati diri atau penyatuan bagi negara-negara pelbagai etnik, sebaliknya turut berperanan membangunkan ekonomi dan industri negara.

Selain itu, beliau yang juga Profesor Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyeru semua pihak meneruskan usaha-usaha lain untuk memartabatkan Bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan.

“(Ini termasuk) bagaimana kita nak mewujudkan pendidikan satu aliran.”

Advertisement

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencipta sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi Ke-77.

Dalam ramai berbangga dan memuji tindakan tersebut, terdapat juga segelintir netizen yang menganggapnya satu tindakan memalukan dan menyifatkan pemimpin tersebut tidak pandai berbahasa Inggeris sehingga terpaksa berbahasa Melayu di perhimpunan besar itu.

Sementara, pada 8 Jun lalu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan perkhidmatan awam Sarawak akan terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi bersama dengan bahasa kebangsaan. 

Bagaimanapun, jelasnya langkah itu tidak bermakna beliau menentang dasar kebangsaan, sekali gus berharap orang ramai tidak menganggap Kerajaan Sarawak pimpinannya tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, pelbagai usaha diwujudkan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan Malaysia seperti surat-menyurat rasmi dalam dan luar negara oleh semua agensi Kerajaan sama ada untuk menghantar atau membalas hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Di samping itu, Pengerusi Jemaah Pengelola DBP Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata terdapat cadangan agar individu yang didapati tidak menghormati Bahasa Kebangsaan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959. – The Merdeka Times

Advertisement

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending