Terkini
Bekas perwira negara rayu kerajaan beri ‘GL’ demi rawatan kesihatan
Seorang bekas anggota F Team, pasukan elit cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani gerakan komunis, merayu pihak kerajaan memberi surat jaminan kerajaan (GL) bagi membolehkannya mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.

- Seorang bekas anggota F Team, pasukan elit cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani gerakan komunis, merayu pihak kerajaan memberi surat jaminan kerajaan (GL) bagi membolehkannya mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.
- ASP (B) Abdul Kalam Suhaimi berkata beliau tidak lagi mampu menanggung kos rawatan hemodialisis mencecah RM4,000 sebulan.
- Menyedari beliau berhenti sebelum tempoh persaraan pada 1996, Abdul Kalam meminta bantuan itu dipertimbangkan atas dasar menghargai jasa dan pengorbanan beliau dan rakan sepasukannya membanteras komunis untuk negara suatu ketika dulu.
- Beliau pernah cuba mendapatkan rawatan di Pusat Hemodialisis PULAPOL Kuala Lumpur tetapi ditolak kerana bukan pesara kerajaan.
KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota F Team, pasukan elit cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani gerakan komunis, merayu pihak kerajaan memberi surat jaminan kerajaan (GL) bagi membolehkannya mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.
Menderita penyakit buah pinggang, ASP (B) Abdul Kalam Suhaimi berkata beliau tidak lagi mampu menanggung kos rawatan hemodialisis mencecah RM4,000 sebulan.
Menyedari berhenti sebelum tempoh persaraan pada 1996, Abdul Kalam meminta bantuan itu dipertimbangkan atas dasar menghargai jasa dan pengorbanan beliau dan rakan sepasukannya membanteras komunis untuk negara suatu ketika dulu.
“Dulu ketika operasi F Team bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jumlah tangkapan pengganas komunis lebih kurang 3,000 orang. Sampai penuh lokap balai waktu itu. Untuk operasi F Team secara sendiri, bilangan komunis ditangkap hidup-hidup lebih kurang 1,700 orang dan 48 komunis ditembak mati.
“Di tangan saya sendiri berjaya menembak mati lima komunis. Tapi kini, saya dan F Team tidak dihargai,” katanya kepada Merdeka Times yang melaporkan mengenai isu kebajikan anggota pasukan khas itu yang dilihat terpinggir dari bantuan kerajaan.
Abdul Kalam adalah bekas Pegawai Turus Operasi Hutan dan Bandar F TEAM berpangkat Inspektor ketika F Team dibubarkan pada 1995 selepas 24 tahun pasukan itu beroperasi secara rahsia bagi menangani ancaman komunis.
Fail F Team yang ditubuhkan pada 1971 dan dibubarkan pada 1995 bagi menghapuskan gerakan komunis sehingga menyaksikan peletakan senjata Parti Komunis Malaya pada 1989, telah dinyahklasifikasikan dari rahsia besar negara pada 2016.
Berkongsi pengalamannya, Abdul Kalam berkata beliau dan tiga anggota F Team pernah menyorok selama 19 jam dalam hujan lebat untuk menembak komunis dalam Operasi Ular di kawasan jalan ke Fraser Hill (Hulu Selangor).
Berbalik kepada kehidupannya kini, Abdul Kalam berkata beliau pernah cuba mendapatkan rawatan di Pusat Hemodialisis PULAPOL Kuala Lumpur tetapi ditolak kerana bukan pesara kerajaan.
Tanpa pencen dan pendapatan tetap, Abdul Kalam merayu pihak kerajaan mempertimbangkan pemberian GL untuk membantu beliau meneruskan sisa kehidupannya. – The Merdeka Times
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah