Connect with us

Terkini

Laksana semula PLKN untuk lahirkan belia bersemangat patriotisme tinggi – MBM

Majlis Belia Malaysia (MBM) bersetuju kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada belia yang tamat persekolahan.

Wartawan TMT

Published

on

Laksana semula PLKN untuk lahirkan belia bersemangat patriotisme tinggi - MBM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, berkata PLKN terbukti antara program yang berjaya menyemai semangat patriotisme.
  • “Walaupun sudah ada program Malaysian Future Leaders School (MFLS), saya melihat ia lebih berfokuskan kepada program berbentuk kepemimpinan dan hanya terpilih.”
  •  Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilapor sudah berbincang dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan berhubung hasrat mengembalikan PLKN.

KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) bersetuju kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada belia yang tamat persekolahan.

Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, berkata ini kerana PLKN terbukti antara program yang berjaya menyemai semangat patriotisme.

Selain itu, katanya, program yang diperkenalkan pada Disember 2003 itu juga mampu meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan belia yang menyertainya.

“Walaupun sudah ada program Malaysian Future Leaders School (MFLS), saya melihat ia lebih berfokuskan kepada program berbentuk kepemimpinan dan hanya terpilih.

“Selalunya mereka yang terpilih ini terdiri pelajar cemerlang dan juga mereka yang punya ciri kepemimpinan untuk diasuh,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, berbeza dengan PLKN kerana ia bermatlamatkan kepada patriotisme dan perpaduan nasional.

“Bagaimanapun, saya melihat selepas pemansuhan PLKN pada Ogos 2018, setakat ini tiada lagi program yang mempunyai matlamat sama dan paling penting berjaya seperti PLKN.

Advertisement

“Jadi, untuk memastikan kita mampu melahirkan belia yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, kita harus melihat pelaksanaan semula PLKN dengan kadar segera,” katanya.

BH hari ini melaporkan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sudah berbincang dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan berhubung hasrat mengembalikan PLKN.

Beliau berkata, perbincangan dengan jawatankuasa berkenaan berhubung hasrat itu bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan belia.

Katanya, program seperti PLKN penting sebagai persediaan dan latihan untuk anak muda membina negara bangsa.

“Sekolah dan universiti tidak wujud program begini. Ia perlu ada untuk mereka berbincang, supaya anak muda berhimpun dan cerita tentang masa depan mereka.

“Ke mana anak muda nak pergi, kalau tiada platform lebih jitu?” katanya ketika wawancara bersama Astro Awani.

Advertisement

Sumber : Berita Harian

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending