Terkini
PLKN akan dilaksana 2 fasa
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanakan semula membabitkan dua fasa.

- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanakan semula membabitkan dua fasa.
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagi Fasa 1, pelajar Tingkatan 4 melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan di peringkat itu.
- Katanya, pelajar Tingkatan 5 yang dikecualikan untuk menjalankan latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka untuk melakukan persediaan bagi menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.
- “Jawatankuasa yang telah dilantik memberi pandangan kepada pihak kementerian dan kementerian telah memohon agar ia diubahsuai sehingga ke satu tahap di mana melihat kepada kepentingan penyertaan daripada peringkat sekolah lagi dan bukan sahaja fasa selepas sekolah.
- “Selepas penglibatan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi-agensi yang lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam.
Kuala Lumpur: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanakan semula membabitkan dua fasa.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagi Fasa 1, pelajar Tingkatan 4 melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan di peringkat itu.
Katanya, pelajar Tingkatan 5 yang dikecualikan untuk menjalankan latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka untuk melakukan persediaan bagi menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.
“Jawatankuasa yang telah dilantik memberi pandangan kepada pihak kementerian dan kementerian telah memohon agar ia diubahsuai sehingga ke satu tahap di mana melihat kepada kepentingan penyertaan daripada peringkat sekolah lagi dan bukan sahaja fasa selepas sekolah.
“PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 membabitkan selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.
“Selepas penglibatan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi-agensi yang lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam.
Mengulas tempoh pelaksanaan PLKN Fasa 2, katanya ia tidak mengambil masa lama seperti sebelum iaitu cuma selama 45 hari.
“Sebanyak 90 peratus daripada kandungan latihan Fasa 2 ini adalah berkaitan ketenteraan agar dapat membina jati diri belia yang kuat dan bertenaga.
“Manakala 10 peratus daripada kandungan adalah berkaitan tatanegara,” katanya.
Selepas latihan itu, Mohamad berkata agensi-agensi seperti bomba, polis dan pertahanan awam dapat melihat produk modal insan ini sebagai penyediaan kepada guna tenaga belia yang terlatih.
Untuk itu, beliau berkata kerajaan akan memanfaatkan 13 kem tentera wataniah di seluruh negara untuk pelaksanaan PLKN ini termasuk sebuah kem Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
“Tenaga pelatih akan terdiri daripada anggota tentera sendiri yang dapat menjimatkan kos keseluruhan.
“Sebelum ini, kos asal adalah sekitar RM500 juta setahun. Manakala kos baru berdasarkan kertas kerja Jawatankuasa adalah tidak melebihi RM100 juta setahun, iaitu sebuah langkah penjimatan yang sangat baik.
“Hasil daripada PLKN ini, ia akan dapat melahirkan belia yang berkualiti, berdisiplin, cintakan negara dan tersedia untuk memikul tanggungjawab dalam masyarakat.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas