Connect with us

Terkini

Serap semula bekas jurulatih dalam PLKN 3.0 – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa supaya bekas-bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 diserap semula dalam pasukan kejurulatihan program tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

Serap semula bekas jurulatih dalam PLKN 3.0 - CUEPACS
Foto: Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat (kiri).
  • Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa bekas-bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 diserap semula dalam pasukan kejurulatihan program tersebut.
  • Menurut Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat, cadangan ini sesuai memandangkan program yang diberhentikan pada 2018 dapat disambung dengan lebih berkesan.
  • “Pengalaman serta kemahiran bekas-bekas jurulatih ini yang terlibat dalam PLKN sejak 2004 boleh membantu program ini dilaksanakan dengan lebih berkesan.
  • “Langkah ini juga dapat membantu kerajaan menjimatkan kos untuk memberi latihan semula kepada jurulatih kerana pengalaman terdahulu mereka ini dapat dimanfaatkan semula dengan acuan modul terkini,” katanya dalam kenyataan semalam.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa supaya bekas-bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 diserap semula dalam pasukan kejurulatihan program tersebut.

Menurut Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat, cadangan ini sesuai memandangkan program yang diberhentikan pada 2018 dapat disambung dengan lebih berkesan.

Selain itu, cadangan itu dapat membantu kerajaan menjimatkan kos memberi latihan semula kepada jurulatih.

“Pengalaman serta kemahiran bekas-bekas jurulatih ini yang telah terlibat dalam PLKN sejak 2004 boleh membantu program ini dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Langkah ini juga dapat membantu kerajaan menjimatkan kos untuk memberi latihan semula kepada jurulatih kerana pengalaman terdahulu mereka ini dapat dimanfaatkan semula dengan acuan modul terkini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kata beliau, CUEPACS berharap kerajaan dapat menimbangkan cadangan yang dikemukakan ini bagi memastikan PLKN 3.0 dapat dilaksanakan dengan jaya selain membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi bekas-bekas jurulatih terdahulu PLKN.

Tambahan pula ramai bekas-bekas jurulatih ini yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ada yang masih menganggur selepas PLKN dibubarkan sepenuhnya pada 2018.

“Peluang kedua ini sepatutnya diberikan kepada mereka memandangkan janji kerajaan untuk memberikan pekerjaan kepada mereka masih tidak tertunai sepenuhnya.

“Pengambilan semula bekas jurulatih terdahulu dapat membantu mereka meringankan masalah kewangan kerana ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu menjelaskan pinjaman dengan institusi kewangan yang dibuat semasa bertugas dahulu,” tambah Adnan lagi.

Beliau yang mengalu-alukan pengenalan semula program ini yakin PLKN 3.0 yang lebih berfokus mampu membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.

“Pelaksanaan semula program ini dengan beberapa penambahbaikan yang boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan juga amat dipuji dan selari dengan penekanan tatakelola, urus tadbir yang baik seperti ditekankan Perdana Menteri,” ujarnya.

Sumber: MalaysiaGazette 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Russia haramkan pengambilan anak angkat bagi negara mesra transgender

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.
  • RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.
  • Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.
  • “Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.
  • Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.
  • Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.
  • Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.

Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.

“Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.

Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.

Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.

Amerika Syarikat (AS) dan ramai sekutunya menerima prosedur sedemikian beberapa tahun kebelakangan ini dan menggelarnya “pengesahan jantina”.

Ramai pegawai awam di seluruh barat berikrar menyokong perjuangan LGBT pada “Hari Antarabangsa menentang Homophobia, Biphobia & Transphobia” (IDAHOBIT) minggu lalu.

Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Gereja Ortodoks Russia sejak itu mencadang diharamkan pengambilan anak angkat peringkat antarabangsa oleh negara-negara yang membenarkan prosedur “perubahan jantina,” yang kemudiannya diberi perhatian Ahli Parlimen. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending