Terkini
PLKN 3.0 teras lahir pewaris negara kaya nilai perpaduan, insaniah – Pakar
Hasrat kerajaan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilihat mampu menjadi teras dalam melahirkan pewaris negara yang kaya nilai perpaduan, integriti dan insaniah.

- Hasrat kerajaan melaksanakan semula PLKN 3.0 dilihat mampu menjadi teras dalam melahirkan pewaris negara yang kaya nilai perpaduan, integriti dan insaniah.
- Rata-rata pakar dan bekas pelatih PLKN berpandangan inisiatif kerajaan itu tepat pada masanya dan penting, memandangkan generasi muda hari ini terdedah kepada pelbagai pengaruh asing negatif susulan perkembangan teknologi.
- Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Noor Mohamad Shakil Hameed berkata sebuah program bersepadu pada peringkat kebangsaan seperti PLKN amat diperlukan bagi membentuk semangat nasionalisme mengikut acuan negara.
- “Kita tidak mahu golongan belia yang ada terus hanyut dan menjadi hamba ‘gadget’ tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku di negara kita atau di sekeliling mereka. Saya yakin program sebegini mampu menyedarkan belia tentang tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara.
- “Ini juga membantu membentuk mereka menjadi warganegara yang bersemangat waja dan memiliki jati diri yang tinggi serta kalis cabaran masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dilihat mampu menjadi teras dalam melahirkan pewaris negara yang kaya nilai perpaduan, integriti dan insaniah.
Rata-rata pakar dan bekas pelatih PLKN berpandangan inisiatif kerajaan itu tepat pada masanya dan penting, memandangkan generasi muda hari ini terdedah kepada pelbagai pengaruh asing negatif susulan perkembangan teknologi.
Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Noor Mohamad Shakil Hameed berkata sebuah program bersepadu pada peringkat kebangsaan seperti PLKN amat diperlukan bagi membentuk semangat nasionalisme mengikut acuan negara.
“Kita tidak mahu golongan belia yang ada terus hanyut dan menjadi hamba ‘gadget’ tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku di negara kita atau di sekeliling mereka. Saya yakin program sebegini mampu menyedarkan belia tentang tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara.
“Ini juga membantu membentuk mereka menjadi warganegara yang bersemangat waja dan memiliki jati diri yang tinggi serta kalis cabaran masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, Noor Mohamad Shakil berpendapat penyediaan modul latihan dan pembelajaran PLKN 3.0 perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan ia lebih holistik dan memenuhi keperluan dalam mendepani cabaran masa kini.
Menurutnya, selain latihan berkonsepkan ketenteraan, penyediaan modul seperti modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti perlu diberi nafas baharu khususnya dalam aspek menghormati Perlembagaan Persekutuan, isu-isu membabitkan 3R (institusi raja, agama, bangsa) dan pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dalam negara.
Pada 9 Okt lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kerajaan akan meneruskan PLKN 3.0 dengan kaedah latihan berbeza, termasuk memerlukan anak muda menjalani latihan di kem tentera.
Beliau berkata terdapat 13 kem tentera Wataniah yang boleh menampung seramai 20,000 pelatih bagi latihan PLKN selama 45 hari.
Mengenai cadangan penglibatan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai jurulatih dalam PLKN, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM Dr Mohammad Nidzam Abd Kadir berkata ia merupakan usaha yang baik dalam menerapkan nilai-nilai disiplin dalam kalangan pelatih.
“Pemilihan peserta juga tidak sepatutnya dilakukan secara rawak. Perlu ada kriteria tertentu. Kalau pelajar sudah baik akhlaknya wajar dikeluarkan daripada senarai peserta. Pemilihan juga perlu melibatkan pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah, sebagai salah satu usaha pembentukan diri pelajar,” katanya.
Mohammad Nidzam berkata tempoh pelaksanaan PLKN selama 45 hari juga dilihat memadai namun kandungan modul dan pelaksanaannya perlu diberi tumpuan dan pengubahsuaian agar latihan yang dijalankan berkualiti.
Sementara itu, kakitangan swasta Amiry Fahmi Muhammad Adnan, 31, berkata PLKN membantu membentuk sahsiah dan jati diri yang positif dalam kalangan belia, sekali gus dilihat mampu melahirkan generasi muda yang tidak ‘manja’.
“Ia merupakan platform terbaik dalam menerapkan nilai-nilai patriotisme dan perkongsian ilmu-ilmu ‘survival skill’ yang sukar dipelajari pada hari ini. PLKN juga mendidik anak bangsa tentang ilmu dan seni dalam mempertahankan negara.
“Mengambil contoh negara asing seperti Korea Selatan, latihan kenegaraan ini amat dititikberatkan pelaksanaannya. Bahkan, mereka (rakyat Korea Selatan) di sana perlu memperbaharui ilmu dan pas latihan kenegaraan dalam tempoh masa tertentu,” katanya yang menyertai PLKN pada 2010.
Bagi petugas sebuah badan berkanun Aina Natasya Zamri, 29, beliau mencadangkan agar PLKN 3.0 diwajibkan kepada golongan lelaki sahaja bagi mengelakkan berlakunya gejala sosial susulan pergaulan bebas yang mungkin berlaku sepanjang tempoh latihan.
Menurutnya, pengasingan pusat latihan antara pelatih lelaki dan perempuan juga adalah langkah baik yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mengurangkan risiko gejala sosial, agar latihan kenegaraan itu lebih efisien dan berkualiti. — BERNAMA
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas