Connect with us

Terkini

(VIDEO) Kewujudan sekolah pelbagai aliran sukarkan pupuk perpaduan – Mourhrna Anetha

Kewujudan sekolah pelbagai aliran di negara ini menyukarkan usaha memupuk perpaduan di antara kaum.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Kewujudan sekolah pelbagai aliran sukarkan pupuk perpaduan – Mourhrna Anetha
Foto: Pengarah Yayasan Go Strong, Mourhrna Anetha Reddy.
  • Pengarah Yayasan Go Strong, Mourhrna Anetha Reddy berkata situasi itu berbeza dengan negara jiran Singapura di mana ia mempunyai sekolah satu aliran, namun pada masa sama bahasa lain masih dipelihara.
  • “Kalau kita ada satu aliran, tapi macam Singapore di mana kita ada satu aliran tapi bahasa-bahasa lain kita masih preserve (pelihara), bahasa Mandarin, bahasa Tamil, kalau nak ambil Japanese dekat Singapore masih ada. 
  • “Jadi kalau macam tu saya rasa, pelajar tu, budak-budak tu akan membesar dalam satu persekitaran yang sangat sihat jadi dia tak pandang tau. 
  • “Masa dia kecil-kecil tu, kalau dia tengok kawan dia, kawan baik dia adalah Melayu masa dia besar pun dia embrace, jadi kalau Cina, awak punya kawan baik, awak embrace, macam saya sampai sekarang, ada satu (kawan) Chinese yang sangat-sangat rapat dengan saya,katanya menerusi klip video di TikTok @bigimpactmy, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR — Kewujudan sekolah pelbagai aliran di negara ini menyukarkan usaha memupuk perpaduan di antara kaum.

Pengarah Yayasan Go Strong, Mourhrna Anetha Reddy berkata situasi itu berbeza dengan negara jiran Singapura di mana ia mempunyai sekolah satu aliran, namun pada masa sama bahasa lain masih dipelihara.

Katanya, dengan cara itu murid akan membesar dalam satu persekitaran sihat.

“Kadang-kadang kita kena admit (mengakui), kalau kita ada banyak aliran, sekolah yang aliran ini, aliran itu, susah jugalah kalau kita nak memupuk perpaduan tu.

“Kalau kita ada satu aliran, tapi macam Singapore di mana kita ada satu aliran tapi bahasa-bahasa lain kita masih preserve (pelihara), bahasa Mandarin, bahasa Tamil, kalau nak ambil Japanese dekat Singapore masih ada. 

“Jadi kalau macam tu saya rasa, pelajar tu, budak-budak tu akan membesar dalam satu persekitaran yang sangat sihat jadi dia tak pandang tau. 

“Masa dia kecil-kecil tu, kalau dia tengok kawan dia, kawan baik dia adalah Melayu masa dia besar pun dia embrace, jadi kalau Cina, awak punya kawan baik, awak embrace, macam saya sampai sekarang, ada satu (kawan) Chinese yang sangat-sangat rapat dengan saya,katanya menerusi klip video di TikTok @bigimpactmy, baru-baru ini.

Sebelum ini, The Merdeka Times melaporkan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata penubuhan sekolah vernakular sewajarnya dihadkan dan ia tidak boleh berkembang dengan sewenang-wenangnya sebagaimana berlaku sekarang.

Kok Seong berkata ini kerana sekolah vernakular merupakan hanya aliran sampingan di negara ini, maka ia tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama dan ‘maruah’ bagi sistem pendidikan negara.

Beliau juga tidak menafikan bahawa sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *