Connect with us

Terkini

Tidak wajar Fadhlina semberono tolak saranan guna sistem satu bahasa pengantar di sekolah – Peguam

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak wajar menepis secara semberono akan saranan penggunaan sistem satu bahasa pengantar di sekolah demi pengukuhan perpaduan negara, demikian kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Haniff Khatri Abdulla.
  • “Bagaimanakah secara sembrono jika saya boleh menggunakan perkataan itu, hari ini menteri pendidikan mengatakan mereka kerajaan akan kekal dengan pendirian mengekalkan sekolah vernakular tanpa langsung merujuk kenyataan baginda tuanku?” kata Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla
  • “Kita tidak boleh nafikan perpaduan rakyat dari hari ke hari semakin rapuh ke tahap retak.
  • “Baginda tuanku meminta menyeru kerajaan membuat dasar untuk perpaduan dan sejak daripada titah baginda tuanku 26 Februari 2024 terdapat pelbagai pihak tampil memberi pendapat agar satu isu yang boleh membantu menyelesaikan isu perpaduan dari tahap kanak-kanak adalah pengadaan semula satu sistem aliran pembelajaran sekolah rendah dan pemberhentian sekolah vernakular dari masa ke semasa,” katanya menerusi klip video di Facebook hari ini.
  • “Untuk pengetahuan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang saya hormati, laporan-laporan pendidikan sejak sebelum merdeka yakni Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, sejak daripada itu iaitu sejak sekolah vernakular wujud sekalipun, laporan-laporan itu dengan tegas mengatakan satu-satunya cara memupuk perpaduan negara adalah dengan satu sekolah, satu aliran iaitu aliran bahasa Melayu ataupun bahasa kebangsaan yang dirujuk di situ.”
  • Haniff berkata sekiranya sekolah vernakular dilihat bukan satu faktor utama punca kerapuhan dan keretakan perpaduan negara selama ini, maka Fadhlina dan kerajaan wajar secara serta-merta membuktikan apakah faktor selain daripada itu.

KUALA LUMPUR — Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak wajar menepis secara semberono akan saranan penggunaan sistem satu bahasa pengantar di sekolah demi pengukuhan perpaduan negara, demikian kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.

Haniff berkata ini kerana Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa pembukaan rasmi Parlimen mengesyorkan kerajaan mengadakan satu dasar yang boleh memupuk perpaduan dan hubungan baik secara harmoni dalam kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Katanya, baginda juga memetik peribahasa, kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya dan merujuk frasa itu kepada penggubahan dasar dari tahap kanak-kanak. 

“Bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan dan menteri pendidikan untuk meneliti perenggan 10 dan 11 titah tuanku tersebut?
“Bagaimanakah secara sembrono jika saya boleh menggunakan perkataan itu, hari ini menteri pendidikan mengatakan mereka kerajaan akan kekal dengan pendirian mengekalkan sekolah vernakular tanpa langsung merujuk kenyataan baginda tuanku? 

“Kita tidak boleh nafikan perpaduan rakyat dari hari ke hari semakin rapuh ke tahap retak.

“Baginda tuanku meminta menyeru kerajaan membuat dasar untuk perpaduan dan sejak titah baginda tuanku pada 26 Februari 2024 terdapat pelbagai pihak tampil memberi pendapat agar satu isu yang boleh membantu menyelesaikan isu perpaduan dari tahap kanak-kanak adalah pengadaan semula satu sistem aliran pembelajaran sekolah rendah dan pemberhentian sekolah vernakular dari masa ke semasa,” katanya menerusi klip video di Facebook hari ini.

Foto : Tangkap layar hantaran Haniff Khatri di Facebook.

Hanif menyifatkan cadangan itu adalah bernas di mana ada daripadanya berpandukan kajian pendapat pakar pengajian dan mereka yang terlibat dalam bidang pengajaran dan pendidikan. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan artikel sebuah portal berita bertajuk, “Sekolah vernakular akan diteruskan, kata menteri pendidikan” yang diterbitkan pagi tadi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kerajaan mengambil pendirian untuk terus mengekalkan sekolah vernakular yang diiktiraf di bawah Akta Pendidikan.

“Untuk pengetahuan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang saya hormati, laporan-laporan pendidikan sejak sebelum merdeka yakni Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, sejak daripada itu iaitu sejak sekolah vernakular wujud sekalipun, laporan-laporan itu dengan tegas mengatakan satu-satunya cara memupuk perpaduan negara adalah dengan satu sekolah, satu aliran iaitu aliran bahasa Melayu ataupun bahasa kebangsaan yang dirujuk di situ. 

“Adakah kita nak ketepikan laporan-laporan tersebut? Laporan Razak satu tahun sebelum merdeka, tahun ini kita akan menyambut kemerdekaan ke 67. 

“Di manakah dia hasrat dan visi Laporan Razak, Laporan Rahman Talib dan harapan menyatupadukan negara melalui satu sistem pembelajaran pengajaran rendah? Adakah kerajaan sekarang mengatakan mereka tidak berhasrat mencapai apa dinyatakan dalam laporan-laporan pendidikan tersebut?” kata Haniff.

Justeru, beliau mengesyorkan Fadhlina dan kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa lengkap untuk meneliti kesemua saranan dalam laporan-laporan itu termasuk laporan lain berkaitan pendidikan seperti laporan Hussein Onn dan laporan Mahathir Mohamad.

Katanya, menerusi jawatankuasa itu satu dasar perlu digubal bagi menentukan penerapan serta-merta ke arah pengajaran satu bahasa pengantaraan iaitu bahasa kebangsaan.

“Walaupun bahasa pengantaraan adalah bahasa Melayu, wajib BM kita juga boleh mewajibkan untuk tahun pertama dan kedua pembelajaran bahasa Tamil sebagai contoh untuk semua anak-anak Malaysia, tahun ketiga tahun keempat satu dialek utama bahasa Cina dan pada tahun kelima dan keenam bahasa Arab untuk semua rakyat Malaysia.

“Pihak meminta satu aliran bahasa pengantaraan bukannya meminta menghapuskan penggunaan bahasa Cina ataupun Tamil langsung tapi tidak boleh kita terima pengajaran bahasa Cina mahupun Tamil sebagai bahasa pengantaraan untuk pembelajaran silibus di sekolah-sekolah kita, itu membawa kepada keretakan perpaduan.

“Bukankah ia satu fakta apabila anak-anak kita masuk sekolah menengah mereka sukar bergaul sebab mereka tidak pernah bergaul dengan mesra di sekolah rendah dengan adanya sekolah vernakular.

“Fikir-fikirlah tapi jangan menolak secara sekaligus, itu bukan tindakan yang matang dan sopan oleh mana-mana kerajaan,” katanya.

Haniff berkata sekiranya sekolah vernakular dilihat bukan satu faktor utama punca kerapuhan dan keretakan perpaduan negara selama ini, maka Fadhlina dan kerajaan wajar secara serta-merta membuktikan apakah faktor selain daripada itu.

Katanya, bagaimanapun kita tidak boleh lari daripada hakikat ini dan perlu menghadapi permasalahan berkenaan secara bersama. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending