Terkini
Tiada cadangan wujudkan silibus baharu berkaitan patriotisme – KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang mewujudkan silibus baharu berkaitan patriotisme.

- Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata ini kerana KPM telah laksanakan pelbagai usaha untuk beri pendidikan awal mengenai sistem demokrasi negara kepada pelajar sekolah.
- “Malah, KPM sentiasa meningkatkan kesedaran (dalam kalangan pelajar sekolah) sebagai persediaan menjadi pengundi (muda),” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.
- Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) sama ada kementerian akan wujudkan satu silibus bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, selain melahirkan anak muda celik politik.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang mewujudkan silibus baharu berkaitan patriotisme.
Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying, berkata ini kerana KPM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi pendidikan awal mengenai sistem demokrasi negara kepada pelajar sekolah.
“Malah, KPM sentiasa meningkatkan kesedaran (dalam kalangan pelajar sekolah) sebagai persediaan menjadi pengundi (muda),” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) sama ada kementerian akan mewujudkan satu silibus bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, selain melahirkan anak muda yang celik politik.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular