Terkini
Lelaki India berkostum kegemilangan empayar Melaka dinobat juara Mr. World Heritage International 2022
Seorang lelaki berbangsa India membanggakan tanah air kita apabila beliau dinobatkan juara dalam pertandingan Mr. World Heritage International 2022 yang diadakan di Mumbai, India menerusi pemakaian kostum nasional sewaktu kegemilangan empayar Melaka.

- Ia diadakan di Mumbai, India.
- Kejayaan itu dikongsikan pemilik akaun Facebook Suhelmi A Majid pada Sabtu, bersama gambar peserta tersebut iaitu Sivanathan Thevar Vikram yang juga telah memenangi acara bagi pusingan pertunjukan bakat dan kostum nasional terbaik.
- “Menerusi penjelasan pihak mengelolakan kostum nasional mewakili Malaysia diperagakan beliau ini, ia merupakan inspirasi gambaran kemegahan seni bina dan tradisi serta warisan kebudayaan empayar Melayu Melaka oleh salah satu Hikayat Melayu yang tidak asing lagi, Sulalatus Salatin.”
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berbangsa India membanggakan tanah air kita apabila beliau dinobatkan juara dalam pertandingan Mr. World Heritage International 2022 yang diadakan di Mumbai, India menerusi pemakaian kostum nasional sewaktu kegemilangan empayar Melaka.
Kejayaan itu dikongsikan pemilik akaun Facebook Suhelmi A Majid pada Sabtu lalu, bersama gambar peserta tersebut iaitu Sivanathan Thevar Vikram yang juga telah memenangi acara bagi pusingan pertunjukan bakat dan kostum nasional terbaik.
“Tahniah diucapkan di atas kejayaan beliau sekaligus membawa imej dan nama Malaysia di pertandingan berprestij seumpamanya.
“Menerusi penjelasan pihak pengelola kostum nasional mewakili Malaysia yang diperagakan beliau ini, ia merupakan inspirasi daripada gambaran kemegahan seni bina dan tradisi serta warisan kebudayaan empayar Melayu Melaka oleh salah satu Hikayat Melayu yang tidak asing lagi, Sulalatus Salatin,” kata beliau.
Menurutnya, kostum nasional itu menterjemahkan kekayaan budaya dan tradisi bangsa Melayu sewaktu kegemilangan empayar Melaka khasnya daripada sudut pakaian tradisional, seni bina juga reka bentuk persenjataan pada masa itu.
“Menjadikan tokoh legenda Laksamana Hang Tuah sebagai watak utama di sebalik kostum ini, semestinya penonjolan keris Taming Sari sebagai sebahagian daripada senjata yang digunakan Laksamana itu sendiri antara salah satu elemen utama dengan kemegahan istana Kesultanan Melaka sebagai latar belakangnya,” kata beliau yang turut menambah bahawa tanjak dikenakan juga adalah inspirasi daripada kapal Mendam Berahi.
Mr. World Heritage International merupakan satu platform yang diadakan untuk para lelaki di seluruh dunia mempromosikan warisan dan budaya di pentas antarabangsa.
Pertandingan antarabangsa itu telah berlangsung selama tujuh hari dan menyaksikan hampir 25 peserta dari pelbagai negara di seluruh dunia merebut gelaran ‘KING of the Mr World Heritage Pageant’.
Sumber : Facebook Suhelmi A Majid, Instagram sivanathanthevar_vikram
Terkini
KDN rampas 703 unit jam digital mengandungi bahan Al-Quran tanpa perakuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 703 jam digital yang mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dianggarkan bernilai RM230,000 dan menahan dua individu, dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Selangor.

- Kementerian Dalam Negeri (KDN) rampas 703 jam digital mengandungi audio 30 juzuk al-Quran bernilai RM230,000 dan menahan dua individu, dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Selangor.
- KDN dalam kenyataan semalam memaklumkan serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, susulan jam digital tersebut tidak mempunyai perakuan KDN berdasarkan keperluan di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.
- “Al-Quran yang tidak mempunyai perakuan KDN ini dikhuatiri mempunyai kesalahan dan mengelirukan masyarakat melalui sebutan dan bacaannya, dan akan membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat tersebut diturunkan,” menurut kenyataan itu.
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 703 jam digital yang mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dianggarkan bernilai RM230,000 dan menahan dua individu, dalam serbuan di sebuah premis di Batu Caves, Selangor.
KDN dalam kenyataan semalam memaklumkan serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, susulan jam digital tersebut tidak mempunyai perakuan KDN berdasarkan keperluan di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.
“Mana-mana penerbitan al-Quran dalam pelbagai bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih ayat al-Quran, hendaklah mendapatkan perakuan KDN terlebih dahulu sebelum diedar atau pun dijual di negara ini.
“Al-Quran yang tidak mempunyai perakuan KDN ini dikhuatiri mempunyai kesalahan dan mengelirukan masyarakat melalui sebutan dan bacaannya, dan akan membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat tersebut diturunkan,” menurut kenyataan itu.
KDN memaklumkan sehingga kini terdapat sejumlah 952 pruf akhir teks al-Quran termasuk al-Quran elektronik dan digital yang diluluskan KDN untuk jualan dan edaran di negara ini.
Menurut kenyataan itu KDN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti pengimportan, pengedaran dan penjualan al-Quran yang menyalahi Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986.
Pada masa yang sama orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti membeli dan memiliki al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN, kerana jika disabitkan kesalahan pihak atau individu terlibat boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
“KDN menyeru orang ramai memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan teks serta bahan al-Quran tanpa kelulusan dan bahan penerbitan yang tidak diingini, dengan menghubungi di talian 03-8000 8000 / 8889 3145, emel [email protected] atau melalui laman web www.moha.gov.my,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Sumber: BERNAMA
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular