Connect with us

Terkini

Najib dipenjara, netizen buat perbandingan reaksi penyokong Anwar dan ‘bossku’

Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara dan denda ke atas Datuk Seri Najib Razak berhubung dana penyelewengan SRC International Sdn Bhd, pelbagai reaksi diterima daripada penyokong pemimpin politik itu termasuk penyokong parti pembangkang. 

Puti Iylia Maisarah

Published

on

Najib dipenjara, netizen buat perbandingan reaksi penyokong Anwar dan ‘bossku’
  • Hasil tinjauan The Merdeka Times di platform media sosial rata-rata penyokong warga maya berkongsi pelbagai reaksi susulan hukuman penjara yang disabitkan terhadap Datuk Seri Najib Razak. 
  • Pemilik akaun Twitter @DonDanial20 berkata Penyokong UMNO kat twitter relax je boleh terima keputusan mahkamah jatuhkan hukuman kat Najib Razak.
    “Beza masa Anwar Ibrahim kena jatuh hukum.
    “Hakim puppet kerajaan, hakim dihina, keluar #RakyatHakimNegara, berkumpul berlilin bagai depan penjara, persoal keadilan mahkamah,” katanya.
  • Netizen turut menyifatkan kenyataan Anwar Ibrahim yang tidak konsisten mengenai keputusan badan kehakiman sewaktu zaman beliau dipenjara dan selepas kes Najib disabit.

KUALA LUMPUR –  Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara dan denda ke atas Datuk Seri Najib Razak berhubung dana penyelewengan SRC International Sdn Bhd, pelbagai reaksi diterima daripada penyokong pemimpin politik itu termasuk penyokong parti pembangkang. 

Malah ada yang membandingkan reaksi penyokong sewaktu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dijatuhkan hukuman penjara pada 10 Februari 2015 yang didapati bersalah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Melalui tinjauan The Merdeka Times di media sosial, rata-rata reaksi penyokong UMNO berlapang dada dengan keputusan mahkamah yang menetapkan sabitan terhadap Najib.

Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu namun mereka akur dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan. 

Melalui perkongsian pemilik akaun Twitter @HishamSohorSewajarnya najib razak berlapang dada terima hukuman,  ingatlah setiap pemimpin tidak ada kesempurnaan ada lakukan kesilapan spt salah guna kuasa, ingatlah HANYA Allah shj yang amat sempurna kita hamba ciptaan Allah wajar berlapang dada ini lah yg Allah kehendaki Allah sebenarnya,” katanya.

Pemilik akaun Twitter @AlSarbini “Apapun kita doakan yg baik2 buat Dato Seri Najib Tun Razak.

“Keputusan dah dibuat oleh Mahkamah Tinggi semalam.

Advertisement

“Terima Kasih Dato Seri diatas segala nya sewaktu memimpin Malaysia,” katanya

Bagaimanapun ada juga yang bersetuju dan mendoakan Najib kekal dipenjara, melalui perkongsian Twitter @ikangorengpedss.

Akhirnya masuk jugak mat sakau ke penjara, jasa beliau tidak patut dikenang sbb duit,

RM 4,000,000,000 KWAP hilang sbb angkara Najib. Duit ni bleh bantu banyak org Malaysia yg sangsara tpi dia guna utk beli barang2 sesuka hati. Kita doakan org mcm Najib akan kekal dipenjara,” katanya.

Manakala pemilik akaun @Akai berkongsi “Najib ke penjara akhirnya. Sambutan merdeka paling bermakna setelah sekian lama suram.Syukur &  tq Hakim² yg bijaksana &  tegas.Kemenangan buat semua yg mahukan ngr aman & bebas rasuah.Next: Zahid otw,” katanya.

Bagaimanapun setakat tinjauan TMT tiada lagi rusuhan atau gerakan tunjuk perasaan berlaku susulan keputusan mahkamah terhadap bekas perdana menteri itu.

Advertisement

Berbanding sewaktu Anwar dipenjara yang membawa kepada provokasi dan rusuhan daripada penyokongnya berkenaan keputusan Mahkamah. 

Pemilik akaun Twitter @DonDanial20 berkata Penyokong UMNO kat twitter relax je boleh terima keputusan mahkamah jatuhkan hukuman kat Najib Razak.

“Beza masa Anwar Ibrahim kena jatuh hukum.

“Hakim puppet kerajaan, hakim dihina, keluar #RakyatHakimNegara, berkumpul berlilin bagai depan penjara, persoal keadilan mahkamah,” katanya. 

Sementara itu, melalui ciapan @rasli_kasim01, beliau berkongsi sebuah hantaran gambar beserta kapsyen ‘Setelah Najib dipenjara’.

Sebelum dan sesudah - Anwar Ibrahim

Hantaran itu menyifatkan kenyataan Anwar Ibrahim yang tidak konsisten mengenai keputusan badan kehakiman sewaktu zaman beliau dipenjara dan selepas kes Najib disabit.

Advertisement

Penyokongnya juga turut melancarkan kempen ‘Rakyat Hakim Negara’ bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar ketika beliau menghadapi pertuduhan kes liwat yang kedua. 

Melalui ciapan pemilik akaun Twitter @Kontraktor_Anda, beliau berkongsi mengenai budaya politik Pakatan Harapan yang lebih teruk menghina mahkamah sehingga mencetuskan rusuhan. 

Zaman PH turun jalanan hina mahkamah

Sebelum ini, menurut laporan Sinar Harian, Anwar memohon satu deklarasi bahawa sabitannya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires atau di luar kuasa Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah.

Menurut laporan Astro Awani, Anwar berkata rakyat memainkan peranan sebagai pemangkin untuk bangkit mempertahankan badan kehakiman yang bebas.

Gerakan Reformasi 1998 yang tercetus sebagai sebuah gerakan protes Anwar mengakibatkan beberapa acara tunjuk perasaan dan rusuhan besar-besaran di Kuala Lumpur susulan dakwaan kes liwat terhadap Anwar.  

Gerakan itu juga menyaksikan beberapa pembentukan Parti Keadilan Rakyat  (PKR) dan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat dalam negara. 

Advertisement

Terdahulu, bagi kes liwat pertama, Anwar dikatakan melakukan jenayah luar tabii iaitu meliwat individu warak yang rapat denganya Azizan Abu Bakar pada 1998.

Pada 2008, kes liwat kedua melibatkan bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat di sebuah kondominium di Damansara.

Untuk rekod, Anwar telah dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Saiful dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

Pada 16 Mei 2018, Yang di Pertuan (YDP) Agong Sultan Muhammad V memberi pengampunan penuh tanpa sebarang syarat terhadap Anwar setelah melalui proses-proses pengampunan sekaligus menghapuskan kesalahan jenayah berkaitan kes liwat II.  

Author

Advertisement

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending