Connect with us

Terkini

Najib nafi dakwaan dibebaskan jika BN menang

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal dengan dakwaan bahawa beliau akan dibebaskan segera melalui pengampunan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Najib nafi dakwaan dibebaskan jika BN menang
Foto: Datuk Seri Najib Razak
  • “Anak guam kami sangat kecewa terhadap penggunaan namanya dalam propaganda politik tidak berasas biarpun sudah dipenjarakan.
  • “Najib yakin peluang beliau dibebaskan dari penjara melalui permohonan semakan kehakiman dikemukakan sejajar dengan Peraturan 137 dan Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995.” – Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
  • Anak guam kami menggesa supaya semua seteru politik tidak lagi menggunakan namanya bagi propaganda politik dan membenarkan proses perundangan dan kehakiman yang adil serta seimbang dapat dilaksanakan.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal dengan dakwaan bahawa beliau akan dibebaskan segera melalui pengampunan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakil Najib, berkata anak guamnya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Katanya, Najib secara konsisten sejak perbicaraannya bermula pada 2018 mahu dibebaskan melalui proses kehakiman di mahkamah kerana ingin membuktikan integriti dan legasinya.

“Anak guam kami sangat kecewa terhadap penggunaan namanya dalam propaganda politik tidak berasas biarpun sudah dipenjarakan.

“Najib yakin peluang beliau untuk dibebaskan dari penjara adalah melalui permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan sejajar dengan Peraturan 137 dan Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Najib kekal menyatakan bahawa beliau tidak bersalah dan tidak pernah menggunakan RM42 juta bagi dirinya dan meminta atau ditawarkan sebagaimana digambarkan dalam perbicaraan SRC.

Katanya, Najib tidak pernah dan tidak akan meminta semua pertuduhan terhadapnya digugurkan tanpa melalui proses kehakiman yang adil dan seimbang.

Advertisement

“Selain itu, Mahkamah Tinggi, semalam, mengekalkan bahawa semua barangan yang disita pada 2018 bukan hasil dari aktiviti haram tetapi hadiah yang diberikan kepada anak guam kami dan keluarganya oleh kenamaan, ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Sehubungan itu, anak guam kami menggesa supaya semua seteru politik tidak lagi menggunakan namanya bagi propaganda politik dan membenarkan proses perundangan dan kehakiman yang adil serta seimbang dapat dilaksanakan.”

Sumber : Berita Harian

 

Author

Advertisement

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending