Terkini
Isu 1MDB: Najib minta hakim tarik diri
Sebaik sahaja perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) RM2.28 billion bermula, peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa mereka berhasrat untuk memohon agar Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan itu.

- Sebaik sahaja perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) RM2.28 billion bermula, peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa mereka berhasrat untuk memohon agar Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan itu.
- Ia berikutan pendedahan yang dibuat oleh Hakim Sequerah semalam yang menyatakan bahawa beliau pernah bekerja di firma guaman yang sama, Zain & Co. bersama-sama bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.
- Jasmine menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 7 Julai lalu selepas menghilangkan diri sejak skandal 1MDB dibongkarkan dan kini sedang memberi keterangan terhadap pihak polis.
- Wanita itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk siasatan selepas PDRM tamat mengambil keterangan.
KUALA LUMPUR: Sebaik sahaja perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) RM2.28 billion bermula, peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa mereka berhasrat untuk memohon agar Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan itu.
Ia berikutan pendedahan yang dibuat oleh Hakim Sequerah semalam yang menyatakan bahawa beliau pernah bekerja di firma guaman yang sama, Zain & Co. bersama-sama bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.
Jasmine menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 7 Julai lalu selepas menghilangkan diri sejak skandal 1MDB dibongkarkan dan kini sedang memberi keterangan terhadap pihak polis.
Wanita itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk siasatan selepas PDRM tamat mengambil keterangan.
Terdahulu, Muhammad Shafee yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu mahkamah, permohonan rasmi berhubung perkara itu akan difailkan dalam masa terdekat.
“Saya baru berkesempatan untuk berbincang dengan anak guam saya (Najib) pagi ini. Tetapi kami sedang mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan agar Yang Arif menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan ini.
“Pendedahan yang dibuat oleh Yang Arif semalam agak mengejutkan saya dan anak guam saya. Nama Jasmin Loo telah disebut sebanyak 656 kali sepanjang 167 hari perbicaraan.
“Tidak kira sama ada Jasmine Loo akan dipanggil memberi keterangan atau tidak, tetapi (fakta) bahawa Yang Arif pernah menjadi rakan kongsi dalam firma guaman yang sama merupakan satu alasan yang membolehkan Yang Arif untuk mempertimnbangkan untuk menarik diri,” kata Muhammad Shafee.
Mendengar perkara itu, Hakim Sequerah memaklumkan beliau akan menguruskan (dealt with it) apabila tiba masanya (permohonan rasmi difailkan).
Perbicaraan kemudian bersambung dengan Muhammad Shafee menyoal balas saksi pendakwaan ke-44, bekas pegawai bank BSI Bank Ltd., Singapura, Kevin Micheal Swampillai.
Sumber: Utusan
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular