Connect with us

Terkini

“Najib dalam keadaan sihat” – KJ

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan ubat bekas perdana menteri Najib Razak telah ditukar daripada ubat biasa semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Wartawan TMT

Published

on

“Najib dalam keadaan sihat” – KJ
Foto: Datuk Seri Najib Razak, gambar kecil, Khairy Jamaluddin.
  • Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan ubat bekas perdana menteri Najib Razak telah ditukar daripada ubat biasa semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
  • “Dia dulu ambil ubat ‘original’ sebab dia beli daripada hospital swasta. Bila dirujuk di HKL, kita ada ubat formula sama yang diberi di hospital kerajaan. Ubat itu sama. Formula sama. Tetapi bentuk generik,” kata KJ.
  • Khairy berkata semua banduan di penjara termasuk Najib akan diberikan rawatan terbaik.
  • Najib buat masa ini dirawat di HKL dan bukan di Institut Jantung Negara (IJN).
  • “Saya dimaklumkan Najib dalam keadaan sihat,” katanya.

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan ubat bekas perdana menteri Najib Razak telah ditukar daripada ubat biasa semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau menjawab dakwaan pegawai khas Najib, Mukhlis Maghrib dan ahli keluarga Ahli Parlimen Pekan itu semalam tidak menggambarkan keadaan sebenar.

“Najib diberikan ubat (untuk) tekanan darah tinggi. Tetapi diberi ubat generik. Ubat yang sama.

“Dia dulu ambil ubat ‘original’ sebab dia beli daripada hospital swasta. Bila dirujuk di HKL, kita ada ubat formula sama yang diberi di hospital kerajaan. Ubat itu sama. Formula sama. Tetapi bentuk generik,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata demikian selepas melancarkan laporan “Record Breaking Covid-19 Vaccination: Public-Private Partnership” di Dewan Serbaguna KKM.

Khairy berkata, tuduhan ubat ditukar seolah-olah memberi gambaran bahawa ubat berbeza adalah tidak benar.

“Ubat generik ini kandungan sama. Penjelasan ini penting kerana terdapat tuduhan daripada pegawai dan ahli keluarga Najib,” katanya.

Semalam, keluarga Najib meminta kerajaan membenarkan bekas perdana menteri itu diberikan rawatan perubatan sewajarnya selepas mengalami masalah ulser dalam perut, baru-baru ini.

Mukhlis berkata, Najib pernah dimasukkan ke hospital termasuk dimasukkan ke unit rawatan rapi sebelum ini berhubung masalah sama.

Beliau mendakwa doktor di HKL membuat biopsi yang menemukan pendarahan berlaku dengan beberapa ulser terpaksa ‘diklip’ untuk menghentikan pendarahan, namun permohonan Najib untuk melakukan pemerhatian dinafikan dengan doktor membenarkannya keluar (discaj).

Mukhlis juga mendakwa ubat-ubatan Najib ditukar daripada ubat biasa yang diambilnya selama bertahun-tahun, sekali gus menyebabkan tekanan darahnya meningkat.

Semua banduan diberi rawatan terbaik termasuk Najib

Dalam pada itu, Khairy berkata semua banduan di penjara termasuk Najib akan diberikan rawatan terbaik.

Beliau juga berkata saranan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam supaya Najib diberi rawatan terbaik akan diikuti.

“Kita akan berikan perkhidmatan dan rawatan terbaik kepada semua banduan. Bukan hanya Najib. Ini memang tugas KKM. Kita bagi rawatan terbaik kepada semua,” katanya.

Katanya, Najib buat masa ini dirawat di HKL dan bukan di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau berkata prosedur untuk banduan penjara dirujuk di hospital kerajaan dan Najib perlu dirujuk di HKL.

“Saya dimaklumkan Najib dalam keadaan sihat,” katanya.

Sumber : FMT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending