Terkini
“Keadaan kesihatan Najib teruk dan perlu dihantar ke hospital” – Datuk Seri Gopal Sri Ram
Tekanan darah Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada pada tahap tinggi dan berbahaya ekoran pertukaran ubat baharu yang diberikan kepadanya.

- “Semalam (Sabtu), doktor di HKL telah membuat biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan.Najib meminta untuk membuat pemerhatian di HKL tetapi ditolak dan doktor melepaskannya (keluar hospital), menukar ubat-ubatannya daripada biasa yang beliau makan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang.”-Pegawai Khas Najib.
- Ujian yang dibuat pembantu perubatan pagi ini menunjukkan tekanan darah Najib adalah tinggi dan berbahaya akibat perubahan ubat yang diberikan.
- Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu hakim pagi ini bahawa keadaan kesihatan Najib teruk dan perlu dihantar ke hospital.
- Pada tahun lepas, beliau juga berada di unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta selama seminggu yang mana beliau telah menjalani pemindahan darah sebanyak lima kali bagi menggantikan darah yang hilang akibat pendarahan dalaman.
SHAH ALAM – Tekanan darah Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada pada tahap tinggi dan berbahaya ekoran pertukaran ubat baharu yang diberikan kepadanya.
Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, doktor menemui beberapa ulser baharu dalam perut bekas Perdana Menteri itu berdasarkan ujian yang dijalankan pada Sabtu.
Menurutnya, permohonan Najib untuk meneruskan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditolak oleh pegawai kesihatan di sana.
“Semalam (Sabtu), doktor di HKL telah membuat biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan.
“Najib meminta untuk membuat pemerhatian di HKL tetapi ditolak dan doktor melepaskannya (keluar hospital), menukar ubat-ubatannya daripada biasa yang beliau makan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang.
“Pagi ini, ujian oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah beliau adalah tinggi dan berbahaya akibat perubahan ubat yang diberikan.
“Ini menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu hakim pagi ini bahawa keadaan kesihatan Najib teruk dan perlu dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Najib yang hadir di Mahkamah Tinggi di sini, pada Isnin bagi prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dirujuk ke Hospital Kajang jam 2 petang kerana mengalami masalah kesihatan.
Jelasnya, pada tahun 2010, Najib pernah dimasukkan ke hospital selama beberapa hari disebabkan masalah kesihatan tersebut.
“Pada tahun lepas, beliau juga berada di unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta selama seminggu yang mana beliau telah menjalani pemindahan darah sebanyak lima kali bagi menggantikan darah yang hilang akibat pendarahan dalaman,” tambahnya.
Dalam pada itu, menurutnya, atas dasar kemanusiaan, keluarga Najib turut merayu kepada pihak penjara, hospital dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan tindakan yang betul dan membenarkan Najib menerima rawatan serta pemerhatian perubatan sewajarnya.
Sumber : Sinar Harian
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa4 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah