Connect with us

Terkini

Pimpinan negeri pembangkang perlu jaga hubungan dengan kerajaan Persekutuan demi rakyat 

Pimpinan negeri pembangkang termasuk Kedah sepatutnya ‘melembutkan gigi daripada lidah’ demi hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan untuk kepentingan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Pimpinan negeri pembangkang perlu jaga hubungan dengan kerajaan Persekutuan demi rakyat 
Foto: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
  • Pimpinan negeri pembangkang termasuk Kedah sepatutnya ‘melembutkan gigi daripada lidah’ demi hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan untuk kepentingan rakyat.
  • Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sikap sebaliknya hanya akan memberi kesan kepada rakyat khususnya dalam mendapatkan peruntukan bagi projek pembangunan.
  • “Dan kalau sebagai Menteri Besar, (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) dok hentam kerajaan dalam masa sama nak minta pertolongan kerajaan Persekutuan, saya fikir tidak semudah itu dipertimbangkan sebab kita sebagai manusia mempunyai perasaan,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membantu calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, Mohamad Fadzil Zolkipli, di sini, malam tadi.

Pendang: Pimpinan negeri pembangkang termasuk Kedah sepatutnya ‘melembutkan gigi daripada lidah’ demi hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan untuk kepentingan rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sikap sebaliknya hanya akan memberi kesan kepada rakyat khususnya dalam mendapatkan peruntukan bagi projek pembangunan.

“Kalau kita tidak selari sepatutnya kita tidak berkelahi dengan kerajaan Persekutuan, kita tetap perlu menjaga hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan

“Dan kalau sebagai Menteri Besar, (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) dok hentam kerajaan dalam masa sama nak minta pertolongan kerajaan Persekutuan, saya fikir tidak semudah itu dipertimbangkan sebab kita sebagai manusia mempunyai perasaan.

“Biasanya kalau kita nak minta sesuatu daripada orang, kena lembut gigi daripada lidah, ini keras lidah daripada gigi, contohlahkan. Saya ingat kalau Persekutuan bagi dia, bagi apa yang termaktub dalam perlembagaan seperti ‘capitation grant’ atau pemberian geran mengikut bilangan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membantu calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, Mohamad Fadzil Zolkipli, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ia dianggap pelik jika pemimpin kerajaan negeri bersikap menghentam dan mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kemudian meminta sesuatu daripadanya.

“(Kalau) saya berasa malu, kita nak minta pertolongan orang, kita balun orang sepatutnya kita buat baik, kita bagitau alasan-alasan kenapa kita perlu bantuan, kita bagitau ini pilihan rakyat di negeri ini.

“Tapi (Kedah) tak selari dengan kerajaan Pusat, tak boleh buat apa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah supaya bijak membuat pilihan masing-masing.

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending