Connect with us

Antarabangsa

116 maut insiden rempuhan acara keagamaan Hindu di Uttar Pradesh

Sekurang-kurangnya 116 orang maut dipijak sehingga mati dalam acara keagamaan Hindu di utara India pada Selasa, tragedi terburuk direkodkan di negara itu dalam tempoh lebih sedekad.

A.R. Khan

Published

on

Foto: 116 orang maut dipijak sehingga mati dalam acara keagamaan Hindu di utara India.

Sekurang-kurangnya 116 orang maut dipijak sehingga mati dalam acara keagamaan Hindu di utara India pada Selasa, tragedi terburuk direkodkan di negara itu dalam tempoh lebih sedekad.

SCMP melaporkan orang ramai berkumpul berhampiran bandar Hathras, Uttar Pradesh, untuk mendengar ceramah penceramah terkenal tetapi ribut debu kuat mencetuskan panik orang ramai ketika bersurai.

Ramai dipijak, dirempuh, jatuh dan menindih antara satu sama lain dengan sebahagian lagi terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan ketika kekecohan tersebut berlaku.

“Para hadirin sedang keluar dari tempat itu apabila ribut debu membutakan penglihatan mereka, menyebabkan huru-hara dan kejadian tragis berikutnya.

“Kami… sedang menumpukan pemberian bantuan dan bantuan perubatan untuk mangsa,” kata Pesuruhjaya Bahagian Bandar Aligarh di Uttar Pradesh, Chaitra V dipetik SCMP.

Beberapa jam selepas tragedi itu, dia memberitahu pemberita bahawa lonjakan jumlah korban melebihi seratus orang.

Polis berkata sekurang-kurangnya 18 yang lain cedera.

Lebih 150 orang dimasukkan ke hospital selepas kejadian itu, kata Pegawai Perubatan Umesh Tripathi.

Menurut Tripathi, kebanyakan yang maut adalah wanita.

“Insiden itu berlaku disebabkan kesesakan ketika orang ramai cuba meninggalkan tempat itu,” kata Pentadbir Daerah Hathras, Ashish Kumar kepada pemberita.

Laporan awal menyebut lebih 15,000 orang berkumpul untuk acara keagamaan itu yang mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk membabitkan sekitar 5,000 pengunjung. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending