Terkini
Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah antara negeri tertinggi masalah daftar kelahiran anak
Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah, iaitu empat negeri yang bersempadan Malaysia-Thailand, dikenal pasti antara negeri tertinggi mempunyai masalah mendaftarkan kelahiran anak kerana perkahwinan tidak teratur.

- Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah, iaitu empat negeri yang bersempadan Malaysia-Thailand, dikenal pasti antara negeri tertinggi mempunyai masalah mendaftarkan kelahiran anak kerana perkahwinan tidak teratur.
- Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias berkata antara punca utama majoriti kanak-kanak dilahirkan tidak memiliki dokumen pengenalan diri adalah kerana perkahwinan tidak teratur dan tidak didaftarkan.
- Beliau berkata kebiasaannya perkahwinan kedua di luar negara tanpa kebenaran dan pasangan tidak mendaftarkan semula status perkahwinan di dalam negara menyukarkan pendaftaran anak-anak sebagai warganegara.
- “Justeru pihak kami menyarankan mana-mana pasangan yang berkahwin di luar supaya mendaftarkan perkahwinan mereka kerana ia memberi kesan yang besar kepada taraf kerakyatan anak di kemudian hari,” katanya dipetik Harian Metro di sidang media selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri kepada Afiq Aiman Muhamad, 22, yang terlantar sejak lebih 20 tahun lalu di Kampung Chenok di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
KUALA LUMPUR — Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah, iaitu empat negeri yang bersempadan Malaysia-Thailand, dikenal pasti antara negeri tertinggi mempunyai masalah mendaftarkan kelahiran anak kerana perkahwinan tidak teratur.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias berkata antara punca utama majoriti kanak-kanak dilahirkan tidak memiliki dokumen pengenalan diri adalah kerana perkahwinan tidak teratur dan tidak didaftarkan.
Beliau berkata kebiasaannya perkahwinan kedua di luar negara tanpa kebenaran dan pasangan tidak mendaftarkan semula status perkahwinan di dalam negara menyukarkan pendaftaran anak-anak sebagai warganegara.
“Justeru pihak kami menyarankan mana-mana pasangan yang berkahwin di luar supaya mendaftarkan perkahwinan mereka kerana ia memberi kesan yang besar kepada taraf kerakyatan anak di kemudian hari.
“Komitmen kami adalah untuk membantu segala urusan JPN, walau bagaimanapun hak mendaftar perkahwinan adalah bergantung kepada individu masing-masing,” katanya dipetik Harian Metro di sidang media selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri kepada Afiq Aiman Muhamad, 22, yang terlantar sejak lebih 20 tahun lalu di Kampung Chenok di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Badrul Hisham berkata JPN berperanan dalam merekodkan semua maklumat pemohon untuk membantu pasangan mendapatkan dokumen penting untuk anak mereka.
Katanya, sememangnya menjadi hak masyarakat untuk mendaftar perkahwinan dan pihaknya membantu mereka mendapatkan dokumen. — The Merdeka Times
