Connect with us

Terkini

(VIDEO) Kelantan setuju lulus cadangan pindaan Enakmen Kawalan Hiburan baharu

Kerajaan Kelantan bersetuju meluluskan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 dan dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
  • Kerajaan Kelantan setuju meluluskan cadangan RUU Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 dan dijangka dibentangkan pada sidang DUN akan datang.
  • Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata antara penambahbaikan cadangan penggubalan RUU terbabit adalah pewujudan kesalahan-kesalahan baharu seperti larangan aktiviti hiburan mengandungi, mempromosi, mempunyai atau diselitkan unsur-unsur bercanggah akhlak, tatasusila dan moral.
  • “Selain itu, kesalahan yang menyokong atau menormalisasikan LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri), memecah belah keharmonian dan perpaduan kaum, menghina agama dan percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan dan kawalan.
  • “Kadar denda bagi kesalahan-kesalahan di dalam RUU ini dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000 untuk memberi pengajaran kepada individu atau perbadanan supaya mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Norsham Sulaiman (PAS-Semerak) berhubung status terkini Enakmen Kawalan Hiburan yang sekian lama tidak dipinda pada persidangan DUN di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU — Kerajaan Kelantan bersetuju meluluskan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 dan dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata berdasarkan kajian, Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan mencadangkan memansuhkan Enakmen sedia ada iaitu Enakmen Hiburan Tahun 1998 dengan menggubal Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan yang baharu.

Beliau berkata draf Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan telah dipertimbangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang kali ke sembilan pada 8 Mei dan disahkan pada 15 Mei lepas.

“Pada masa yang sama, Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan juga sedang mengkaji dan menggubal peraturan-peraturan di bawah RUU baharu itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Norsham Sulaiman (PAS-Semerak) berhubung status terkini Enakmen Kawalan Hiburan yang sekian lama tidak dipinda pada persidangan DUN di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata antara penambahbaikan mengenai cadangan penggubalan RUU terbabit adalah pewujudan kesalahan-kesalahan baharu seperti larangan terhadap aktiviti hiburan mengandungi, mempromosi, mempunyai atau diselitkan dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan akhlak, tatasusila dan moral.

“Selain itu, kesalahan yang menyokong atau menormalisasikan LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri), memecah belah keharmonian dan perpaduan kaum, menghina agama dan percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan dan kawalan.

“Kadar denda bagi kesalahan-kesalahan di dalam RUU ini dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000 untuk memberi pengajaran kepada individu atau perbadanan supaya mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata RUU baharu ini juga akan menambah baik dan memantapkan prosedur penguatkuasaan berkaitan kuasa untuk menyiasat serta menyita peralatan hiburan termasuk barangan elektronik.

“Pewujudan permohonan lesen, penjualan tiket dan serahan notis secara elektronik dengan mengambil kira medium alam maya iaitu secara elektronik dan peruntukan berkenaan tanggungan kos bagi memindahkan atau menyimpan barangan sitaan yang menjadi hutang kepada Pihak Berkuasa Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan yang boleh dijadikan hasil kepada kerajaan negeri,” katanya. — BERNAMA

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending