Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) “Saya seorang Zionis” – Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi kenyataannya, menegaskan yang beliau adalah seorang zionis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi kenyataannya, menegaskan yang beliau adalah seorang zionis.

Kenyataan itu diucapkan Biden pada majlis perayaan Hanukah di Rumah Putih di Washington, semalam.

Presiden AS itu mengakui mendapat kritikan teruk apabila mengungkapkan kenyataan sama, suatu masa dahulu.

“35 tahun lalu saya berkata; kamu tidak perlu menjadi seorang Yahudi untuk menjadi seorang zionis dan saya seorang zionis,” kata Presiden AS itu.

Biden berkata sokongan dan komitmennya kepada penubuhan negara Israel adalah kukuh selain turut menegaskan kepentingan wujudnya negara haram itu.

“Seperti yang saya katakan setelah serangan itu (7 Oktober 2023), komitmen saya untuk keselamatan orang Yahudi dan keselamatan Israel dan haknya untuk wujud sebagai satu negara yang merdeka sesuatu yang tidak goyah.

“Jika Israel tiada, tidak ada (orang) Yahudi di dunia ini yang selamat,” kata Biden dalam rakaman video disiarkan di Youtube Forbes.

Dalam ketegasannya untuk terus menyokong dan memberi bantuan kepada Israel, beliau turut menasihatkan semua pihak harus berhati-hati dengan pandangan umum yang boleh berubah dalam sekelip mata.

“Kami akan terus memberi bantuan ketenteraan sehingga mereka menyingkirkan Hamas, tetapi kita harus berhati-hati, mereka harus berhati-hati, pandangan umum seluruh dunia boleh berubah (hanya dalam) satu malam, kita tidak boleh membenarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Terdahulu, 18 penunjuk perasaan menggelar diri mereka sebagai “Warga Tua Yahudi” (Jewish Elders) ditahan kerana merantai diri mereka pada pagar Rumah Putih menuntut gencatan senjata di Gaza selain memakai kemeja-T tertulis “Bukan Atas Nama Kami.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending