Connect with us

Terkini

GIP sedia lepaskan pegangan dalam tempoh singkat – Amir Hamzah

Global Infrastructure Partners (GIP) telah menyatakan kesediaan untuk menjadi pemegang saham minoriti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selain bersedia melepaskan pegangan dalam tempoh yang singkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Wartawan TMT

Published

on

GIP sedia lepaskan pegangan dalam tempoh singkat - Amir Hamzah
Foto : Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
  • Global Infrastructure Partners (GIP) sedia menjadi pemegang saham minoriti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), selain bersedia melepaskan pegangan dalam tempoh singkat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
  • Pemilihan GIP daripada beratus syarikat yang dinilai juga berasaskan kriteria ketat, termasuk kesediaan menerima warganegara Malaysia sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan MAHB.
  • “Seperti saya sebutkan tadi, pendirian kita tegas dalam mempertahankan kepentingan pegangan dalam aset strategik negara. Dalam hal ini, hanya GIP dilihat menepati syarat ditetapkan iaitu sedia untuk melabur,” katanya semasa sesi penerangan kamar khas pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

 

KUALA LUMPUR — Global Infrastructure Partners (GIP) telah menyatakan kesediaan untuk menjadi pemegang saham minoriti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selain bersedia melepaskan pegangan dalam tempoh yang singkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata pemilihan GIP daripada beratus syarikat yang dinilai juga berasaskan kriteria ketat, termasuk kesediaan menerima warganegara Malaysia sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan MAHB.

“Seperti saya sebutkan tadi, pendirian kita tegas dalam mempertahankan kepentingan pegangan dalam aset strategik negara. Dalam hal ini, hanya GIP dilihat menepati syarat ditetapkan iaitu sedia untuk melabur,” katanya semasa sesi penerangan kamar khas pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga telah melaksanakan proses yang terperinci dan komprehensif dalam memilih rakan kongsi teknikal yang seiring dengan matlamat untuk mengubah dan meningkatkan kecekapan lapangan terbang negara.

Justeru, beliau yakin kepakaran, kejayaan dan pengalaman GIP dalam mengoptimumkan tahap kecekapan di lapangan terbang adalah yang diperlukan bagi meningkatkan daya saing serta kecekapan lapangan terbang negara.

Amir Hamzah berkata contohnya, GIP berjaya meningkatkan jumlah laluan penerbangan di Lapangan Terbang Edinburgh daripada 141 kepada 225, manakala bilangan penumpang juga meningkat daripada 9.2 juta pada 2012 kepada 14.4 juta pada 2023.

GIP juga menggantikan aerotrain penumpang di Lapangan Terbang Gatwick hanya dalam tempoh 10 bulan, katanya.

Beliau berkata kerajaan juga mengambil kira keperluan mendesak untuk melaksanakan pembaharuan di MAHB menerusi Konsortium yang diwujudkan dengan diterajui oleh Khazanah dan KWSP melibatkan langkah pengambilalihan pegangan majoriti 70 peratus dalam MAHB dan baki 30 peratus pula oleh GIP dan Abu Dhabi Investment Authority.

“Dengan tertubuhnya Konsortium ini, pembaharuan kepada lapangan terbang negara dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera.

“Keperluan pelaburan MAHB yang dianggarkan berjumlah RMI0 bilion untuk tempoh lima tahun dapat disegerakan dengan mengambil kira kedudukan kewangan kukuh ahli konsortium,” katanya.

Beliau berkata MAHB hanya membelanjakan sekitar RM1.4 bilion untuk 39 lapangan terbang dalam tempoh lima tahun lepas, berbanding RM6.6 bilion oleh Thailand dan Indonesia melabur RMI2 bilion.

“Maka, masanya sudah tiba. Kalau kita tidak melakukan sebarang perubahan sekarang, Malaysia akan semakin ketinggalan di rantau ini,” katanya.

Amir Hamzah berkata sebelum pandemik melanda, kemasukan pelancong ke Malaysia dalam tempoh 10 tahun hanya berkembang pada kadar satu peratus setahun, berbanding negara jiran iaitu lapan peratus setahun.

Laluan penerbangan jarak jauh bagi Malaysia seperti ke London, Tokyo dan Beijing turut menurun daripada 33 pada 2010 kepada hanya 22 bagi 2023, katanya.

“Sedangkan, negara serantau menunjukkan peningkatan bilangan laluan penerbangan jarak jauh mereka seperti 40 laluan di Singapura dan 55 laluan di Thailand.

“Antara penerbangan langsung dari Singapura seperti Paris, New York dan Addis Adaba. Ketiadaan laluan penerbangan langsung seperti ini dari Malaysia mengehadkan potensi pelancongan dan pelaburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending