Terkini
Dr Dzulkefly kembali sebagai Menteri Kesihatan
Rombakan Kabinet dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan pelantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan.
- Rombakan Kabinet dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan pelantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan.
- Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menggantikan Dr Zaliha Mustafa yang beralih sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
- Anwar pada Sidang Media Rombakan Kabinet Kerajaan Madani pada Selasa berkata, khidmat Dr Dzulkefly kini amat diperlukan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- “Saya percaya dia diberi fokus lebih kukuh di kementerian dan KKM terbeban dengan banyak masalah, sebahagiannya diwarisi, sebahagiannya untuk memenuhi tuntutan rakyat dari segi mutu kesihatan lebih baik.
- “Kita harap InsyaAllah beliau dapat menjalankan tugas dengan baik,” kata Anwar.
- Rombakan kabinet hari ini menyaksikan jumlah keseluruhan Ahli Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri meningkat dari 55 kepada 60 orang, namun jumlah itu masih rendah dibandingkan dengan 70 orang ahli kabinet kerajaan sebelum ini.
KUALA LUMPUR – Rombakan Kabinet dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan pelantikan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan.
Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menggantikan Dr Zaliha Mustafa yang beralih sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Anwar pada Sidang Media Rombakan Kabinet Kerajaan Madani pada Selasa berkata, khidmat Dr Dzulkefly kini amat diperlukan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Saya percaya dia diberi fokus lebih kukuh di kementerian dan KKM terbeban dengan banyak masalah, sebahagiannya diwarisi, sebahagiannya untuk memenuhi tuntutan rakyat dari segi mutu kesihatan lebih baik.
“Kita harap InsyaAllah beliau dapat menjalankan tugas dengan baik,” kata Anwar.
Dr Dzulkefly pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Kesihatan pada era 22 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga 2020.
Rombakan kabinet hari ini menyaksikan jumlah keseluruhan Ahli Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri meningkat dari 55 kepada 60 orang, namun jumlah itu masih rendah dibandingkan dengan 70 orang ahli kabinet kerajaan sebelum ini.
Pada sidang media sama, Anwar turut menyatakan potongan gaji 20 peratus bagi mereka memegang portfolio Menteri tetap diteruskan,
“Pemotongan gaji Menteri diteruskan melainkan Perdana Menteri, sebab beliau tidak ada gaji,” kata Anwar. – The Merdeka Times
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia