Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) “Saya seorang Zionis” – Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi kenyataannya, menegaskan yang beliau adalah seorang zionis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi kenyataannya, menegaskan yang beliau adalah seorang zionis.

Kenyataan itu diucapkan Biden pada majlis perayaan Hanukah di Rumah Putih di Washington, semalam.

Presiden AS itu mengakui mendapat kritikan teruk apabila mengungkapkan kenyataan sama, suatu masa dahulu.

“35 tahun lalu saya berkata; kamu tidak perlu menjadi seorang Yahudi untuk menjadi seorang zionis dan saya seorang zionis,” kata Presiden AS itu.

Biden berkata sokongan dan komitmennya kepada penubuhan negara Israel adalah kukuh selain turut menegaskan kepentingan wujudnya negara haram itu.

“Seperti yang saya katakan setelah serangan itu (7 Oktober 2023), komitmen saya untuk keselamatan orang Yahudi dan keselamatan Israel dan haknya untuk wujud sebagai satu negara yang merdeka sesuatu yang tidak goyah.

“Jika Israel tiada, tidak ada (orang) Yahudi di dunia ini yang selamat,” kata Biden dalam rakaman video disiarkan di Youtube Forbes.

Dalam ketegasannya untuk terus menyokong dan memberi bantuan kepada Israel, beliau turut menasihatkan semua pihak harus berhati-hati dengan pandangan umum yang boleh berubah dalam sekelip mata.

“Kami akan terus memberi bantuan ketenteraan sehingga mereka menyingkirkan Hamas, tetapi kita harus berhati-hati, mereka harus berhati-hati, pandangan umum seluruh dunia boleh berubah (hanya dalam) satu malam, kita tidak boleh membenarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Terdahulu, 18 penunjuk perasaan menggelar diri mereka sebagai “Warga Tua Yahudi” (Jewish Elders) ditahan kerana merantai diri mereka pada pagar Rumah Putih menuntut gencatan senjata di Gaza selain memakai kemeja-T tertulis “Bukan Atas Nama Kami.” – The Merdeka Times

Author