Terkini
Larang warga asing beli beras tempatan bukan diskriminasi – Exco Melaka
Seorang exco Melaka mempertahankan cadangannya melarang warga asing membeli beras tempatan untuk menangani kekurangan semasa.
- Seorang exco Melaka mempertahankan cadangannya melarang warga asing membeli beras tempatan untuk menangani kekurangan semasa.
- Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Akmal Saleh berkata ia bukannya soal diskriminasi, tetapi keutamaan perlu diberikan kepada warga tempatan.
- Beliau mengakui pekerja asing tidak kaya, tetapi komitmen mereka jauh lebih sedikit berbanding rakyat Malaysia.
- “Jika beras tempatan berlambak di pasaran tiada masalah, tetapi hari ini nak beli pun susah, malah kita terpaksa berebut dengan mereka (pekerja asing) pula,” katanya dalam catatan Facebook.
- Ketua Pemuda Umno itu berkata, cadangannya bukan jangka panjang, tetapi sekadar langkah jangka pendek susulan kekurangan bekalan beras tempatan ketika ini.
- Cadangannya dikritik kumpulan pengguna berkata, ia tidak adil kepada warga asing kerana mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara dengan membayar cukai pendapatan kepada kerajaan.
PETALING JAYA: Seorang exco Melaka mempertahankan cadangannya melarang warga asing membeli beras tempatan untuk menangani kekurangan semasa.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Akmal Saleh berkata ia bukannya soal diskriminasi, tetapi keutamaan perlu diberikan kepada warga tempatan.
Beliau mengakui pekerja asing tidak kaya, tetapi komitmen mereka jauh lebih sedikit berbanding rakyat Malaysia.
“Mereka tinggal di rumah sewa ramai-ramai, makan pun secara berjemaah, tidak perlu membayar pinjaman kereta atau rumah, perbelanjaan sekolah anak dan lain-lain lagi.
“Jika beras tempatan berlambak di pasaran tiada masalah, tetapi hari ini nak beli pun susah, malah kita terpaksa berebut dengan mereka (pekerja asing) pula,” katanya dalam catatan Facebook.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, cadangannya bukan untuk jangka panjang, tetapi sekadar langkah jangka pendek susulan kekurangan bekalan beras tempatan ketika ini.
Khamis lalu, Akmal menggesa kerajaan mengehadkan pembelian beras tempatan yang disubsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia saja.
Cadangannya dikritik kumpulan pengguna yang berkata, ia tidak adil kepada warga asing kerana mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara dengan membayar cukai pendapatan kepada kerajaan.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood dilaporkan berkata, cadangan itu tidak praktikal kerana peniaga perlu menentukan kerakyatan pelanggan.
Sumber: Free Malaysia Today