Terkini
Rumah pelacuran untuk warga asing: Rosyam Nor perlu taubat – Mufti Sabah
Pandangan pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor bahawa pusat pelacuran perlu ada untuk pekerja asing di negara ini jelas tersasar dari syariat Islam, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
- Pandangan pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor bahawa pusat pelacuran perlu ada untuk pekerja asing di negara ini jelas tersasar dari syariat Islam, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
- Bungsu berkata pelacuran adalah suatu yang jelas keharamannya sama ada untuk warga asing mahupun rakyat Malaysia.
- “Malah untuk kita bagi non-muslim di negara kita ni pun tak boleh juga. Walaupun mungkin pada pandangan mereka, mereka takda hukum haram kan? Sebab kita memerintah, kita yang jaga negara ini, maka kita tidak boleh benarkan perkara itu.
- “Jadi, ini satu pandangan yang tersasar jauh daripada syariat Islam dan mesti dibetulkan lah. Dia kena taubat,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR – Pandangan pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor bahawa pusat pelacuran perlu ada untuk pekerja asing di negara ini jelas tersasar dari syariat Islam, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
Bungsu berkata pelacuran adalah suatu yang jelas keharamannya sama ada untuk warga asing mahupun rakyat Malaysia.
“Malah untuk kita bagi non-muslim di negara kita ni pun tak boleh juga. Walaupun mungkin pada pandangan mereka, mereka takda hukum haram kan? Sebab kita memerintah, kita yang jaga negara ini, maka kita tidak boleh benarkan perkara itu.
“Jadi, ini satu pandangan yang tersasar jauh daripada syariat Islam dan mesti dibetulkan lah. Dia (Rosyam Nor) kena taubat,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Rosyam Nor di podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok Suhan Channel semalam, yang dilaporkan berkata pusat pelacuran perlu ada untuk pekerja asing di negara ini.
Rosyam Nor dilaporkan berkata warga asing yang datang ke Malaysia ketika ini untuk bekerja kira-kira 3 juta orang di mana kebanyakan mereka meninggalkan isteri masing-masing di negara asal mereka.
Katanya, gadis tempatan berisiko menjadi mangsa rogol apabila kelompok warga asing ini gagal melepaskan nafsu mereka pada tempat selayaknya.
“Sekarang ini pendatang yang datang dekat negara kita ini ada lebih kurang 3 juta, yang bekerja dekat negara kita. Bini semua tinggal. Nama pun lelaki, kalau dia tak keluarkan (lepaskan nafsu) faham kan maksud saya? Dia nak tonjolkan dekat mana?” katanya.
Mengulas lanjut, Bungsu berkata apabila Allah mengharamkan suatu amalan, pasti ia akan memberi kesan buruk kepada diri, masyarakat dan negara.
Tegas beliau, cadangan membuka pusat pelacuran itu adalah perbuatan menghalalkan perkara yang haram dan ia akan menambah kerosakan kepada masyarakat dari sudut perzinaan dan pelacuran.
“Ketiga, kesannya tentulah ia akan merosakkan nasab keturunan manusia,” kata Bungsu. — The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini24 hours ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar