Connect with us

Terkini

Larang warga asing beli beras tempatan bukan diskriminasi – Exco Melaka

Seorang exco Melaka mempertahankan cadangannya melarang warga asing membeli beras tempatan untuk menangani kekurangan semasa.

Wartawan TMT

Published

on

Larang warga asing beli beras tempatan bukan diskriminasi - Exco Melaka
Foto: Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Akmal Saleh.
  • Seorang exco Melaka mempertahankan cadangannya melarang warga asing membeli beras tempatan untuk menangani kekurangan semasa.
  • Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Akmal Saleh berkata ia bukannya soal diskriminasi, tetapi keutamaan perlu diberikan kepada warga tempatan.
  • Beliau mengakui pekerja asing tidak kaya, tetapi komitmen mereka jauh lebih sedikit berbanding rakyat Malaysia.
  • “Jika beras tempatan berlambak di pasaran tiada masalah, tetapi hari ini nak beli pun susah, malah kita terpaksa berebut dengan mereka (pekerja asing) pula,” katanya dalam catatan Facebook.
  • Ketua Pemuda Umno itu berkata, cadangannya bukan jangka panjang, tetapi sekadar langkah jangka pendek susulan kekurangan bekalan beras tempatan ketika ini.
  • Cadangannya dikritik kumpulan pengguna berkata, ia tidak adil kepada warga asing kerana mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara dengan membayar cukai pendapatan kepada kerajaan.

PETALING JAYA: Seorang exco Melaka mempertahankan cadangannya melarang warga asing membeli beras tempatan untuk menangani kekurangan semasa.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Akmal Saleh berkata ia bukannya soal diskriminasi, tetapi keutamaan perlu diberikan kepada warga tempatan.

Beliau mengakui pekerja asing tidak kaya, tetapi komitmen mereka jauh lebih sedikit berbanding rakyat Malaysia.

“Mereka tinggal di rumah sewa ramai-ramai, makan pun secara berjemaah, tidak perlu membayar pinjaman kereta atau rumah, perbelanjaan sekolah anak dan lain-lain lagi.

“Jika beras tempatan berlambak di pasaran tiada masalah, tetapi hari ini nak beli pun susah, malah kita terpaksa berebut dengan mereka (pekerja asing) pula,” katanya dalam catatan Facebook.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, cadangannya bukan untuk jangka panjang, tetapi sekadar langkah jangka pendek susulan kekurangan bekalan beras tempatan ketika ini.

Khamis lalu, Akmal menggesa kerajaan mengehadkan pembelian beras tempatan yang disubsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia saja.

Cadangannya dikritik kumpulan pengguna yang berkata, ia tidak adil kepada warga asing kerana mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara dengan membayar cukai pendapatan kepada kerajaan.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood dilaporkan berkata, cadangan itu tidak praktikal kerana peniaga perlu menentukan kerakyatan pelanggan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Aman Palestin siapkan tiga projek mega di Syria dalam tempoh sekatan akaun

Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.
  • Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.
  • Biarpun projek itu berjaya disiapkan, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta dan menggesa sekatan ke atas akaunnya dapat dihentikan untuk menyempurnakan transaksi tersebut.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.

Foto : Projek saluran air.

“Projek yang didirikan antaranya Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa projek selama 15 bulan membabitkan kos USD659,000 (RM3.16 juta).

Foto: Masjid Ghafur.

”Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan jangka masa pembinaan selama 7 bulan membabitkan kos USD130,000 (RM623,000).

Foto: Pusat Komuniti.

“Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa pembinaan selama 18 bulan, membabitkan kos sebanyak USD259,612 (RM1.24 juta),” katanya di sini hari ini.

Biarpun projek itu berjaya disiapkan dan berakhir sekitar November dan Disember tahun lalu, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta untuk menyempurnakan transaksi projek tersebut.

“Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 (RM1.918 juta) untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

“Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. 

“Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup,” kata NGO itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending