Terkini
Hanya galakkan maksiat, Mufti Pulau Pinang terkejut pelakon Islam saran sedia rumah pelacuran untuk pekerja asing
Pandangan pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor supaya pusat pelacuran disediakan untuk pekerja asing seolah-olah menggalakkan perbuatan maksiat sedangkan ramai dalam kalangan mereka beragama Islam, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

- Pandangan pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor supaya pusat pelacuran disediakan untuk pekerja asing seolah-olah menggalakkan perbuatan maksiat sedangkan ramai dalam kalangan mereka beragama Islam, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
- Wan Salim berkata meskipun terdapat pekerja bukan beragama Islam, mereka tidak sepatutnya digalakkan kepada perbuatan hina itu kerana tiada agama yang menyukai penganutnya terjerumus ke dalam jurang keji dan merosakkan.
- “Saya amat terkejut dengan saranan oleh seorang pelakon beragama Islam (Datuk Rosyam Nor) agar disediakan rumah pelacuran untuk pekerja asing di negara ini. Saranan (membuka pusat pelacuran) sedemikian jelas merupakan satu galakan kepada perbuatan maksiat.
- “Kita yakin semua masyarakat Islam tahu bahawa zina adalah suatu jenayah yang amat jelik kerana boleh mengakibatkan kerosakan yang besar kepada individu, keluarga dan masyarakat.
- “Sepatutnya kita sama-sama saling membantu ke arah kebaikan dan keluhuran budi pekerti. Kita juga sepatutnya mengingatkan pekerja-pekerja asing tentang bahaya melibatkan diri di dalam perlakuan yang keji ini serta kesan buruknya ke atas semua pihak,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam.
- Beliau mengulas kenyataan Rosyam Nor di podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok Suhan Channel pada Ahad, yang dilaporkan berkata pusat pelacuran perlu ada untuk pekerja asing di negara ini.
KUALA LUMPUR – Pandangan pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor supaya pusat pelacuran disediakan untuk pekerja asing seolah-olah menggalakkan perbuatan maksiat sedangkan ramai dalam kalangan mereka beragama Islam, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Wan Salim berkata meskipun terdapat pekerja bukan beragama Islam, mereka tidak sepatutnya digalakkan kepada perbuatan hina itu kerana tiada agama yang menyukai penganutnya terjerumus ke dalam jurang keji dan merosakkan.
“Saya amat terkejut dengan saranan oleh seorang pelakon beragama Islam (Datuk Rosyam Nor) agar disediakan rumah pelacuran untuk pekerja asing di negara ini. Saranan (membuka pusat pelacuran) sedemikian jelas merupakan satu galakan kepada perbuatan maksiat.
“Kita yakin semua masyarakat Islam tahu bahawa zina adalah suatu jenayah yang amat jelik kerana boleh mengakibatkan kerosakan yang besar kepada individu, keluarga dan masyarakat.
“Sepatutnya kita sama-sama saling membantu ke arah kebaikan dan keluhuran budi pekerti. Kita juga sepatutnya mengingatkan pekerja-pekerja asing tentang bahaya melibatkan diri di dalam perlakuan yang keji ini serta kesan buruknya ke atas semua pihak,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Rosyam Nor di podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok Suhan Channel pada Ahad, yang dilaporkan berkata pusat pelacuran perlu ada untuk pekerja asing di negara ini.
Rosyam Nor dilaporkan berkata warga asing yang datang ke Malaysia ketika ini untuk bekerja kira-kira 3 juta orang di mana kebanyakan mereka meninggalkan isteri masing-masing di negara asal mereka.
Katanya, gadis tempatan berisiko menjadi mangsa rogol apabila kelompok warga asing ini gagal melepaskan nafsu mereka pada tempat selayaknya.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata mewujudkan pusat pelacuran di negara ini adalah bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara yang menobatkan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Para pekerja asing perlu dimaklumkan tentang hakikat ini dan mereka mestilah menghormati Perlembagaan dan undang-undang negara yang memberi peluang kepada mereka mencari rezeki.
“Siapapun tidak boleh menjamin bahawa rakyat negara ini, termasuk penganut agama Islam tidak akan menjadi pelanggan rumah pelacuran yang dicadangkan itu. Amatlah sukar untuk mengawal atau mencegah umat Islam daripada ikut terlibat di dalam kancah maksiat tersebut,” katanya.
Bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad memberi peringatan bahawa membuat kenyataan tentang Islam dengan menggunakan akal semata-mata tanpa berdasarkan ilmu adalah salah.
“Semua perintah dan larangan Allah adalah dituntut kepada semua manusia. Cuma yang bukan muslim tidak dituntut melakukannya semasa di dunia kerana mereka tidak beriman tetapi mereka akan diazab di akhirat nanti kerana keingkaran mereka beriman.
“Justeru, kita tidak boleh memudahkan sesiapa pun, sama ada Muslim atau bukan Muslim melakukan perkara yang ditegah oleh Allah,” kata Mohd Yusof. — The Merdeka Times
