Connect with us

Terkini

Tiada sekatan pembelian minyak masak paket untuk warga asing

Tiada sekatan dan larangan dikenakan ke atas warga asing untuk membeli minyak masak paket di kedai runcit, sebaliknya mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia. 

Wartawan TMT

Published

on

Tiada sekatan pembelian minyak masak paket untuk warga asing
Foto: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.
  • Tiada sekatan dan larangan dikenakan ke atas warga asing untuk membeli minyak masak paket di kedai runcit, sebaliknya mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia. 
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata warga asing masih dibenarkan membeli minyak masak paket bersubsidi.
  • “Setakat ini di peringkat runcit memang tidak ada larangan, cuma di pasar raya kita sudah sebut untuk setiap pembelian itu kita kawal had pembelian tiga paket. Tetapi untuk larangan kepada warga asing itu setakat ini tidak dibuat. Ada cadangan dan syor tertentu tetapi apa mekanisme untuk kita pantau, kita larang.
  • “Larang boleh, tetapi peruncit itu mesti bersedia untuk melaksanakan. Kalau orang nampak ok, ambil gambar dan sebagainya. Tetapi apa mekanisme kalau kita buat sistem hanya untuk minyak masak paket,” katanya dalam sidang akhbar dipetik Utusan Malaysia di Klang pada Selasa. 
  • Sebelum ini, terdapat hantaran video dan gambar dilaporkan tular dalam media sosial yang memaparkan segelintir warga asing menayangkan minyak paket yang dibeli dari kedai-kedai runcit di negara ini. 

KUALA LUMPUR – Tiada sekatan dan larangan dikenakan ke atas warga asing untuk membeli minyak masak paket di kedai runcit, sebaliknya mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata warga asing masih dibenarkan membeli minyak masak paket bersubsidi.

“Setakat ini di peringkat runcit memang tidak ada larangan, cuma di pasar raya kita sudah sebut untuk setiap pembelian itu kita kawal had pembelian tiga paket. Tetapi untuk larangan kepada warga asing itu setakat ini tidak dibuat. Ada cadangan dan syor tertentu tetapi apa mekanisme untuk kita pantau, kita larang.

“Larang boleh, tetapi peruncit itu mesti bersedia untuk melaksanakan. Kalau orang nampak ok, ambil gambar dan sebagainya. Tetapi apa mekanisme kalau kita buat sistem hanya untuk minyak masak paket,” katanya dalam sidang akhbar dipetik Utusan Malaysia di Klang pada Selasa. 

Beliau berkata kerajaan ketika ini tidak merancang untuk melaksanakan penjualan minyak masak paket melalui sistem khusus selepas mendapati kos pelaksanaannya tidak efektif yang akan menyebabkan peruncit perlu menggunakan sistem tersebut.

Sebelum ini, terdapat hantaran video dan gambar dilaporkan tular dalam media sosial yang memaparkan segelintir warga asing menayangkan minyak paket yang dibeli dari kedai-kedai runcit di negara ini. 

Tindakan itu mengundang kemarahan orang ramai yang mendakwa kemudahan minyak masak bersubsidi itu tidak sepatutnya dinikmati warga asing. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending